Header Ads

ads header

Flash News

Surau Batu Sungai Dibina oleh pesara tentera untuk kemudahan pekebun, penoreh beribadat


Sejuk dan mendamaikan. Itu dirasai sebaik menjejakkan kaki masuk ke dalam surau dibina sendiri oleh bekas askar daripada 12,000 batu sungai yang dikutipnya di Bukit Kachi, di sini.

Mejar (B) Mustafa Musa, 58, mengambil inisiatif membina surau di atas tanah miliknya itu dengan hasil titik peluh sendiri dibantu seorang lagi kenalannya untuk kemudahan pekebun dan penoreh menunaikan ibadat.


Menurutnya, idea untuk menggunakan batu sungai itu kerana ingin mencipta keunikan supaya orang tertarik untuk singgah dan menunaikan solat di Surau Batu Sungai, Bukit Kachi itu.

“Saya mula membina surau ini sejak April tahun lalu dan dapat digunakan untuk beribadat bulan lalu di mana setakat ini sentiasa ada jemaah yang solat di sini.



“Ketika mula membina surau ini, setiap hari saya ke sungai yang terletak 20 meter dari sini untuk mengutip batu sungai yang dikumpul sebelum disusun menjadi dinding surau,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Mustafa berkata, surau ini dibina dengan 12,000 batu sungai dan kos keseluruhan pembinaan termasuk bumbung, simen dan lantai dianggarkan mencecah RM25,000.

“Niat saya hanya satu ingin menarik orang ramai datang beribadat di sini apabila melihat kelainan surau dibina ini.

“Selain itu, saya juga ingin menginfakkan pembinaan surau ini buat ibu bapa supaya mereka memperoleh pahala,” katanya.



Beliau berkata, kesabaran dan kesungguhan sangat penting sepanjang pembinaannya kerana bukan mudah untuk mengutip batu sungai itu setiap hari, kemudian disusun pula menjadi surau.

“Jika masuk ke dalam kita rasa sejuk dan damai. Namun buat masa ini, saya sedang menambah baik surau dengan menyediakan bekalan elektrik untuk kemudahan jika solat Maghrib dan Isyak.

“Surau ini juga mampu memuatkan 85 orang, kebanyakan yang singgah solat di sini pekebun dan penoreh.

“Saya juga tidak lokek dengan ilmu Allah ini jika ada yang ingin belajar binaan menggunakan batu sungai ini,” katanya.

Niat saya hanya satu ingin menarik orang ramai datang beribadat di sini apabila melihat kelainan surau yang dibina ini” Mustafa Musa


MR :  tekun dan usaha pasti berjaya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: