Header Ads

ads header

Flash News

Tiada masalah dengan PAS, cuma pemimpin 'rasis' Umno


MIC hari ini berkata parti tersebut mengalu-alukan 'persandingan' Umno-PAS yang dilihat dapat memperkuatkan gabungan BN pada masa akan datang.

Justeru, Ketua Penerangan MIC V Gunalan juga menafikan khabar angin bahawa MIC tidak selesa dengan kesepakatan Umno-PAS.

"Tidak, MIC tidak iri hati dengan kerjasama Umno-PAS seperti dikhabarkan oleh beberapa pihak.

“Sebaliknya, MIC mengalu-alukan kerjasama antara Umno-PAS yang jelas akan memperkuatkan jentera BN," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengulas kerjasama dengan PAS, Gunalan berkata MIC lebih 'senior' berbanding Umno.

Katanya, MIC dan PAS telah bekerjasama sejak pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia secara terbuka.

Wakil DAP juga, katanya hadir ke muktamar PAS sebelum ini.

"Ada yang kata, bahawa MIC membuat keputusan untuk meninggalkan BN selepas tidak selesa dengan kerjasama Umno-PAS. Ia tidak benar.

“Sebaliknya, isu kami dengan Umno adalah sikap segelintir pemimpin yang masih bertindak rasis.

"Tiada apa untuk kami menolak atau takut dengan kerjasama Umno dan PAS. Sebab, hubungan kami PAS juga masih di tahap sangat sihat," jelasnya.

Pemimpin pusat Umno Nazri Abdul Aziz mendakwa bahawa beliau menjadi mangsa MCA dan MIC yang didakwanya tidak senang dengan pengukuhan kerjasama PAS-Umno.

Gunalan juga berkata kerjasama Umno-PAS adalah tamparan hebat buat Pakatan Harapan yang didakwanya semakin goyah.

"PH semakin panik dengan pengundi Melayu mula kembali kepada BN, manakala, pengundi Cina dan India boikot PRK sehingga PH kalah di Cameron Highlands dan Semenyih.

"Dengan kehadiran PAS secara rasmi ke pangkuan BN, ia akan menyusahkan lagi keadaan PH," tegasnya.


MR :  Mungkin terbentuk Pakatan Baru, UMNO-PAS, MCA dan MIC


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Apa pon okay asal hak agama Islam dan bumiputra di pelihara .

    BalasPadam
  2. Cara mic nak jadi batu api. Umno dan Pas orang islam semuanya jangan nak pecah belah kan pulak dek kafir sorang ni. Utusan kafirun sedaya upaya untuk pecahkan ummah.

    BalasPadam