Header Ads

ads header

Flash News

Tuduh negara bakal diperintah taliban pandangan sasau, kata Hadi


KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS menyifatkan tuduhan mengatakan kerjasama Umno-PAS menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban, sebagai pandangan yang tidak masuk akal.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata PAS pernah mentadbir 3 negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, namun tidak pernah sekali pun dituduh memerintah dengan zalim.

“Dakwaan itu adalah satu pandangan sasau dan tak berpijak di lapangan. Kita pernah memerintah 3 negeri dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi dan tidak gopoh sebab kita menyedari PAS tidak mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan negeri Islam mengikut kemampuan sedia ada.

“Kita mengambil kira pertembungan secara keras sesama Islam hanya akan mengundang campur tangan asing. Sebab itu kita terpaksa bersabar terhadap krisis sesama sendiri,” katanya ketika menghadiri ‘Wacana Islam dan Isu Semasa Kesatuan Umat Islam di Malaysia: Prospek dan Cabaran’, semalam.

Hadi menambah, PAS mengambil pendekatan logik yang akhirnya mewujudkan kematangan dalam kerjasama antara parti Islam itu dengan Umno.

“Kita mengambil sikap berfikir secara dingin atau maksudnya logik dan akhirnya timbul kematangan.

“Kita lebih matang dan Umno pun lebih matang,” katanya.

Hadi juga beranggapan gelombang Melayu dan Islam adalah satu perkara yang positif.

“Orang Melayu semakin sedar dan mula berasa tercabar melalui pilihan raya kecil Cameron Highlands dan Semenyih.

“Pakatan Harapan mudah ditewaskan padahal dia kuasai kerajaan pusat dan media, ini menunjukkan akan ada gelombang kesatuan ummah, tunggu masa sahaja,” katanya.

Pada 5 Mac lalu, PAS mengumumkan kerjasama rasmi dengan Umno di peringkat Parlimen dan setiap pilihan raya, selepas meneliti hala tuju kedua-dua parti serta senario politik tempatan.

Namun kerjasama tersebut mengundang rasa kurang senang beberapa pihak termasuklah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang menyifatkan kerjasama itu akan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah Taliban jika berjaya membentuk kerajaan.

Yang terbaru, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menganggap kerjasama Umno-PAS satu ancaman kepada PH dan negara.

Chong yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, kesal dengan MCA dan MIC yang tidak membantah tindakan Umno-PAS membawa propaganda perkauman dan agama dalam 2 PRK lalu.

Mahu PM tegakkan Islam

Dalam perkembangan lain, Hadi berkata PAS tidak terlibat secara langsung dalam usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya parti itu mengharapkan calon perdana menteri selepas ini memainkan peranan dalam mengutamakan Islam.

“Yang nak buat undi tak percaya bukannya PAS tetapi ada pihak tertentu dan ketika ini berlaku pertembungan nak tukar perdana menteri.

“Kita tak sebut sama ada dia nak jadi perdana menteri dan calon perdana menteri pun tak ada pada kita.

“Jadi tak timbul siapa perdana menteri, yang pentingnya Islam memerintah dan siapa yang akan melaksanakan Islam,” katanya.

Hadi berkata, PAS sedang meneliti perkembangan usul tersebut bagi memastikan calon perdana menteri menegakkan syiar Islam.

“Siapa yang lebih aslah (baik) kepada umat Islam dan masa depan negara, itulah yang kita akan pilih.

“Bila usul undi tak percaya dan siapa calonnya, tunggu masa sahaja,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mendakwa 2 parti komponen PH mungkin merancang menyingkirkan Mahathir melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

MR :  Mereka tuduh PAS tapi PAS tak saman, kalau tuduh mereka sikit aje ugut nak saman... Itu demokrasi ala PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan