Header Ads

ads header

Flash News

Wee beri cadangan bantu kementerian tangani masalah sawit


PETALING JAYA: Bekas menteri Wee Ka Siong menyarankan Putrajaya berpakat dengan negara-negara pengeluar sawit dan menetapkan harga bagi mengekang kejatuhan harga dan mengelakkan persaingan di pasaran antarabangsa.

Presiden MCA itu berkata tindakan itu perlu bagi memastikan kejatuhan harga minyak sawit sejak 6 bulan lalu tidak berterusan, selain menjaga kebajikan pekebun kecil.

“Putrajaya juga perlu mengadakan perbincangan untuk pertukaran perdagangan minyak sawit dengan China. Ini setidak-tidaknya dapat menyelesaikan masalah dihadapi pekebun kecil bagi jangka masa pendek,” katanya di Facebook.

Wee berkata Putrajaya perlu memahami keperluan rakyat terlebih dahulu ketika mahu menyelesaikan “krisis” industri sawit, ekoran rancangan Kesatuan Eropah mengehadkan penggunaan minyak sawit.

“Bukannya dengan mencetuskan ketegangan hubungan diplomatik Malaysia-China atau menyarankan orang ramai meminum minyak sawit dan menanam buluh,” katanya.

Wee memuatnaik rakaman pertanyaannya kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin di Dewan Rakyat semalam, tentang bagaimana negara boleh menyaingi harga sawit Indonesia yang lebih murah.

Beliau turut bertanyakan apakah cadangan Shamsul kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang akan ke China bulan depan.

“Soalan saya amat ringkas dan mudah untuk difahami namun timbalan menteri industri utama gagal menjawabnya dan berpusing-pusing sampai ke negara Rusia,” dakwanya.

Shamsul dalam rakaman itu berkata dia ambil maklum cadangan Wee dan pada masa sama berjanji akan memaksimumkan penglibatan negara dalam Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).

“Kita juga tidak sekadar bergantung kepada misi ini, malah bergantung kepada misi dagangan ke negara-negara berpotensi, dalam usaha memperbanyakkan lagi pembelian minyak sawit,” katanya.

Malaysia, yang merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia bergantung kepada tanaman itu untuk pendapatan berbilion dolar dan ratusan ribu pekerjaan.

Bulan ini, Suruhanjaya Eropah menyimpulkan penanaman sawit menyebabkan pembasmian hutan dan penggunaannya dalam bahan bakar kenderaan dihentikan menjelang 2030.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok sebelum ini pernah mencadangkan pekebun kecil memberi tumpuan kepada tanaman alternatif bagi melawan kejatuhan harga sawit di pasaran dunia.


MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan