Header Ads

ads header

Flash News

10 Perkara Pasal D4P Yang Anda Mungkin Tak Tahu (Siri 1)


1. Majoriti calon-calon DAP pada PRU14, ada yang kata dalam 70 peratus, adalah beragama Kristian. Yang India bukan Hindu, yang Cina bukan Buddha tapi kebanyakannya Kristian. Jadi, kita faham apa agama rasmi bangsa DAP ini dan agama apa yang mereka akan bela sangat. Sebab itulah YB Melayu Islam dalam DAP hanya jadi pasu bunga dan menikus dalam mesyuarat, apatah lagi nak pertahankan agama bangsa sendiri. Bayangkan apa akan jadi pada Melayu Islam apabila bangsa DAP kekal berkuasa lebih lama. Tak payah nak tuduh saya rasis sebab DAP itu sendiri memang rasis secara realitinya.

2. Sekolah Demokrasi DAP ditubuhkan selepas terputusnya hubungan DAP - PAS untuk tarik undi Melayu. Masa itu ratusan anak-anak muda Melayu sertainya tetapi tak ramai yang sangkut. Tapi bila geng Mat Sabu terpelanting keluar dari PAS, DAP nampak itu peluang untuk ternak PAN yang terima dedak DAP. Jadi Melayu tak lagi diperlukan. Sebab itu, kita lihat menteri PAN dah jadi balaci dan talibarut bangsa DAP demi balas budi dan nak kekal berkuasa.

3. Hal-hal pentadbiran kerajaan negeri P Pinang diputuskan dalam mesyuarat mingguan DAP P Pinang yang selalunya diadakan masa waktu solat Jumaat. Dari hal parit longkang sampai kerjasama dalam pakatan, semua LGE bincang dalam mesyuarat parti. Sebab itu, bila mesyuarat exco kerajaan negeri, exco hanya lulus sahaja apa jua kemahuan DAP sampai LGE digelar CAT (cocky, arrogant & tokong). Itu dulu dan bayangkan kalau LGE bawa perangai begini bincang segala benda hal kewangan negara dalam mesyuarat CEC DAP. Maka, kenyanglah bangsa DAP bila hal ehwal kewangan negara dalam poket mereka.

4. Kakitangan Melayu dalam DAP terutama dalam unit publisiti disuruh letak jawatan atas alasan dah tak ada kerja nak buat lepas PRU14. Kejam sungguh bila disuruh blah begitu sahaja setelah kerja bagai nak gila dengan upah yang kecil sebelum PRU14. Yang mana masih boleh pakai, diletakkan dalam satu pool tapi jadi yang paling terakhir untuk diberikan kerja. Asal nama Melayu dalam DAP, pasti jadi yang terakhir dapat manfaat dan paling awal ditendang keluar bila tak diperlukan. Kalau kakitangan Melayu yang mereka kenal dan jumpa hari hari pun mereka sanggup buat macam itu, apatah lagi RAYKAT bangsa Melayu di luar sana.

5. Yang ini paling ramai di luar sana tak tahu. Ramai pimpinan dan ahli DAP memang tak percaya Tun M untuk ketuai pakatan pembangkang sebelum PRU14. Ramai yang bangkang dan caci, maki Tun M bila dengar nama beliau saat mula PH mahu ditubuhkan. Benci bangsa DAP pada Tun M bukan sedikit tapi tokong pujuk mereka untuk terima Tun M sebab boleh pakai Tun M untuk screw orang Melayu. Maknanya DAP berjaya pakai Melayu untuk screw Melayu dan itulah yang memang berlaku sekarang ini.

NOTA : Siri kedua menjelang beberapa hari sebelum PRK Rantau, insyaAllah.

#demipenyatuanummahdemimelayuislamdemitumbangkanDAP

Oleh,
Amran Ahmad Nor
Timb pengerusi G3
Ahli seumur hidup DAP (dipecat)
Bekas pegawai khas LGE
Bekas boss Ubahtv.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Bangkit bangsa Melayu ini bukan bab racis ini bab hak bumi putera . Jangan biar dipergunakan bangsa DAP kelak menyesal .

    BalasPadam