Header Ads

ads header

Flash News

Agenda tertentu sebalik mahu pinda Perlembagaan?


KUALA LUMPUR: Usul pindaan melibatkan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dibimbangi terdapat agenda besar yang ingin dicapai oleh pihak-pihak tertentu, demikian disuarakan Dato' Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat).

Jelas beliau, mereka itu cuba memainkan sentimen, melahirkan kecurigaan, kebimbangan dan rasa tidak puas hati, bahkan juga kebencian dalam kalangan rakyat.

Katanya, perjanjian dibuat para pimpinan terdahulu tentunya telah dibuat dengan penuh semangat perpaduan dan Persekutuan, di mana merungkaikannya perlulah dibuat dengan ketelitian.

"Jangan dibuat hanya kerana janji Manifesto PH dalam pilihan raya lalu, sedangkan hari ini telah terbukti bahawa ia telah dibuat dengan terburu-buru tanpa kajian dan 'very unrealistic at the very best'. Apatah lagi kiranya pindaan ini ada agenda-agenda lain yang lebih besar.

"Kalau ia dituntut untuk membawa keadilan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, maka saya sangat menyokongnya. Keadilan mesti diberikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Bahkan keadilan sama kita perlu panjangkan kepada rakyat di Persekutuan Tanah Melayu ini.

"Apa dalam perjanjian sedia ada, baik terhadap Sabah dan Sarawak bahkan Persekutuan Tanah Melayu mesti ditunaikan. Kalau Sabah dan Sarawak dapat menikmati hasil royalti, negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu juga perlu ditunaikan bayaran royaltinya.

"Terima kasih kepada YB Menteri yang sangat budiman dan sedang berusaha membayar royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Cuma jangan ada yang menyanggah," ujarnya membahas usul itu di Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam.

Beliau juga mengemukakan, tuntutan Sabah dan Sarawak terhadap pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo, maka rakyat di Kelantan juga mendambakan lebuh raya pertama di negeri itu dan berharap kerajaan tidak melengahkannya.

Dato' Che Abdullah turut menasihatkan supaya tiada lagi suara yang mempersoalkan sejarah negara ini dan persetujuan awal pembentukannya, serta pindaan dibuat tidak mengganggu-gugat kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, hak istimewa Melayu dan Bahasa Melayu.

"Jangan ia menjadi asas atau permulaan keretakan, kerenggangan apatah lagi perpecahan negara kita. Akan tetapi biarlah menjadi permulaan penunaian tanggungjawab Persekutuan kepada negeri-negeri atau wilayah bernaung di bawahnya, dan pindaan apa pun sepatutnya memperkukuhkan negara untuk masa depan," ujar beliau.

Terdahulu, perbahasan sama oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) turut dicelah oleh Che Abdullah di mana beliau berharap Jawatankuasa Terpilih yang akan membincangkan hal ini turut melibatkan semua wakil-wakil Persekutuan Tanah Melayu. - HARAKAHDAILY 10/4/2019




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan