Header Ads

ads header

Flash News

Hanya yang layak mengimarahkan rumah Allah


إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Surah At-Taubah, Ayat 18

Ramadhan akan menjenguk kita sekali lagi. Akan berdegarlah lagi hujah Solat Tarawih 8 rakaat dan 20 rakaat. Akan ada juga isu tazkirah boleh, tak boleh , tazkirah ganggu solat tarawih. Pihak satu ingin solat cepat, nak balik rumah katanya. Sempat tengok tv sempat, bersembang. Pihak lagi satu ingin berdakwah, ingin mencari saham akhirat, ingin mencari dan meramaikan lagi ahli jemaah yang istiqamah dengan solat berjemaah. Di harap tahun ini kita lebih berlapang dada dalam usaha penyatuan ummah di Malaysia InsyaAllah.

Di Selangor, kita di kejutkan dengan 10 buah masjid yang masih tidak dapat menentukan AJK sepenuhnya kerana tiada keputusan oleh pihak JAIS dan MAIS. Di katakan ada tangan tangan yang menghalang penubuhan AJK kerana irihati atau tidak puas hati dengan sesuatu pihak. Pihak yang melobi dan menekan JAIS/MAIS ini pula terkenal dengan sikap suka berpecah dan bertukar-tukar nama (rebranding) yang suka berselindung dengan nama sebagai NGO untuk menjaga survival parti mereka.

Halangan masjid-masjid di Selangor ini di lihat sebagai gerakan politik puak tersebut dan akan merebak ke pemilihan surau yang akan berlangsung insyaAllah selepas hari raya tahun ini.
Satu contoh yang terkesan dengan keputusan ini adalah masjid di kawasan berdekatan Tabung Haji di Kelana Jaya dan kawasan Prima Melayu di Balakong Cheras. Masjid-masjid ini telah memilih Nazir dan AJK Masjid secara demokrasi oleh semua ahli kariah. Masjid-masjid ini juga mempunyai rekod yang baik dan terkenal di kawasan sekitar sebagai masjid yang mengimarahkan jemaah dengan program-program yang bermanfaat.

Amatlah diharapkan supaya yang dikasihi Sultan segera mengarahkan ratifikasi oleh JAIS/MAIS serta memulangkan semula masjid-masjid ini sesuai dengan kehendak jemaah bukan dengan tekanan politik. Semoga Allah memulangkan semula masjid-masjid di Selangor ini sesuai dengan Surah At Taubah ayat 18 di atas, InsyaAllah. Daulat TUANKU. Wallahu a’lam.

Hamba Allah yang Prihatin
Rijal



MR :  ............


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan