Header Ads

ads header

Flash News

Istana Kelantan tarik balik darjah ‘datuk’ Abdul Azeez


Istana Kelantan menarik balik gelaran Tauliah Perlantikan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang dianugerahkan kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkuat kuasa 2 April lalu.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Nazran Muhammad berkata Abdul Azeez, 53, yang juga Anggota Parlimen Baling sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan menerusi surat disampaikan kepadanya pada hari sama.

“Dengan demikian mulai tarikh itu, Abdul Azeez tidak boleh lagi menggunakan gelaran “Datuk”. Apa-apa kuasa atau perkara yang berkaitan dengan anugerah Darjah Kebesaran ini juga tidak boleh digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nazran berkata, Datuk Seri Panglima itu juga dikehendaki mengembalikan ketandaan Darjah Kebesaran yang berkaitan kepada Datuk Perwira Raja, Pengelola Istana D’Raja, Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, Kota Bharu dengan serta-merta.

Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salahguna) (Pindaan) 2015 diwartakan kerajaan negeri pada 27 Ogos 2015.

Enakmen itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun bagi mana-mana orang menggunakan apa-apa Darjah, Tanda Kebesaran, Pingat, Lambang dan Bintang Kebesaran pernah dikurniakan oleh Sultan yang sudah ditarik balik oleh Baginda.

Enakmen itu juga memberi kuasa kepada polis untuk membuat penyiasatan di bawah enakmen berkenaan termasuk kuasa untuk memasuki premis dan menggeledah serta menyita apa-apa keterangan atau barang kes yang disyaki berkait dengan kesalahan di bawah enakmen itu.

Abdul Azeez yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji, dianugerahkan darjah kebesaran itu pada 12 November 2016 ketika Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V Ke-47. – Bernama

MR :  Ramai yang kena dengan Istana Kelantan...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan