Header Ads

ads header

Flash News

Kalau BN jual Negara, Kalau PH meningkat pelaburan? Ini kencing juga ke?


Media Cina (Sin Chew) melaporkan bahawa kerajaan PH akan meneruskan projek Bandar Malaysia 1MDB dengan pelabur China.

Tidak dikatakan jual negara lagi.

Hampir semua projek zaman BN masa saya PM diteruskan oleh PH walaupun SEMUA projek-projek yang sama pernah dikritik hebat oleh mereka.

Ini bermakna halatuju BN untuk negara pada masa itu memang betul.

Baguslah tu.

Hutang 1MDB sekarang adalah RM30 bilion.

Projek TRX dari 1MDB sudah bernilai RM40 bilion dan digelar oleh Guan Eng sebagai antara aset terbaik negara.

Kini giliran Bandar Malaysia pula. Boleh Bernilai sehingga RM150 bilion.

Sudah cukup untuk 1MDB untung besar.

Masih tidak lagi mengambil kira perjanjian penyelesaian dengan IPIC pada bulan April 2017 di mana semua wang yang didakwa hilang akan dikembalikan kepada 1MDB selewat-lewatnya 31 Disember 2020.

Tetapi kerajaan PH telah batalkan perjanjian penyelesaian itu kerana mahu meneruskan cerita "Najib curi wang" mereka.

Masa mereka membuat pengumuman pembatalan itu, PH sekali lagi menipu dengan berkata tidak akan bayar apa-apa lagi kepada IPIC seperti di dalam perjanjian penyelesaian itu.

Tetapi, IPIC balas balik pada masa itu. "Malaysia tidak hutang kita apa-apa pun".

Apabila ditanya tentang jawapan IPIC itu, semua menteri-menteri PH membisu sehingga sekarang.


MR :  Akhirnya semua putar belit PH terjerut batang tengkuk mereka sendiri


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan