Header Ads

ads header

Flash News

Luar Biasa naik pentas PAS


Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengakui dirinya "antara pemimpin yang berhati-hati dan seolah-olah tidak setuju dengan kerjasama antara PAS dan Umno berkata kemunculannya di atas pentas PAS pada suatu majlis ceramah di Kedah merupakan suatu yang 'luar biasa'.

“Malam ini, cukup bersejarah apabila saya berucap di pentas PAS. Saya rasa ini pilihan terbaik (kerjasama Umno-Pas) untuk menentang PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)," katanya.

MP Rembau juga berkata kejayaan terbesar pentadbiran PH adalah menyatukan PAS dan Umno.

“Saya ucap tahniah kerana mereka (PH) berjaya melaksanakan suatu yang tidak pernah berlaku di Malaysia. Satu-satunya kejayaan luar biasa PH adalah melahirkan kerjasama Umno dan PAS yang tidak pernah berlaku sepanjang 61 tahun.

“61 tahun, kita lawan, bersaing, bertanding antara Pas dan UMNO yang memerlukan ‘kuasa’ luar biasa untuk satukan Pas UMNO.

“Akhirnya ‘kuasa’ itu datang daripada kegagalan PH yang menyebabkan kedua-dua parti ini bersatu,” katanya ketika berucap di pejabat Pas kawasan Pendang di Kampung Gajah Mati malam tadi, lapor Utusan Online.

Turut hadir majlis Perpaduan Ummah itu ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno, Reezal Merican Naina Merican Datuk an Suraya Yaakob; Naib Presiden PAS, Idris Ahmad serta MP Pendang, Awang Solahudin Hashim.


MR :  Tunggu kuli seorang lagi...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: