Header Ads

ads header

Flash News

Maszlee, Shamsul Iskandar antara empat MP tidak hadir undi pinda Perlembagaan


PUTRAJAYA, 12 April — Empat ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) tidak hadir semasa undian meminda Perlembagaan pada Selasa, kata Datuk Liew Vui Keong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata empat individu itu adalah Menteri Pendidikan Maszlee Malik, Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, wakil Kangar Noor Amin Ahmad dan Muslimin Yahya dari Sungai Besar.

“Isu ini dibangkitkan semasa mesyuarat Kabinet di mana saya difahamkan seorang, dua memohon untuk menghadiri mesyuarat luar negara,” katanya.

Liew berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengarahkan wakil rakyat PH hadir semasa sesi mengundi.

“Prinsipnya adalah bila arahan diberikan perdana menteri kepada wakil rakyat, menteri dan timbalan, mereka tidak patut ke luar negara pada tarikh itu,” katanya.

Beliau berkata empat ahli parlimen itu antara 16 wakil rakyat tidak hadir dan lapan lagi yang berkecuali dalam undian.


MR :  Mana nak letak muka PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan