Header Ads

ads header

Flash News

Menteri Luar Terlampau


YB Saifuddin Abdullah, Menteri Luar di dalam Bual bicara bersama News Channel (BNC) cuba memesongkan fakta bahawa penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom adalah disebabkan adanya "deep state' atau aparat tidak demokratik yang ambil kesempatan.

Saifudin secara terang terang mengakui Kerajaan yang lama telah mengkaji Statut Rom pada tahun 2011, tetapi tidak melaksanakan. Ini jelas membuktikan, Kerajaan Barisan Nasional benar-benar memahami implikasi Statut Rom jika di laksanakan.

Demi menutup malu, Saifudin cuba menyalahkan pihak lain kerana kedangkalan sendiri. Jika dia benar benar faham mengenai pentadbiran, pasti Malaysia tidak menandatangani Surat Cara Statut Rom pada 4 Mac yang lepas, dimana Saifudin sendiri sebagai wakil.

Tanpa mengakui kesilapan, Saifudin rupanya hanyalah bidak catur DAP, yang boleh diarah oleh DAP sesuka hati. Rasanya semua sedia maklum, agenda DAP untuk perkara seumpama ini telah bermula sejak 'Langkah Setapak' dan konsep Malaysia Malaysian.

Dan seperti biasa, oleh kerana Saifudin hanya mengikut kemahuan dan nafsu DAP, dia kena mencari sebab yang paling utama dengan membuat tuduhan yang jelas di lemparkan kepada DYAM Tunku Ismail Tuanku Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Dengan niat untuk membuktikan kerajaan terpaksa menarik diri daripada Statut Rom kerana akan berlaku bencana yang besar, maka Saifudin kena menjelaskan apakah bencana yang akan berlaku? Dan sememangnya cukup memalukan bagi seorang Menteri Luar yang masih lagi bermain politik apabila bercakap soal pendirian dan keputusan kerajaan.

Apakah benar, ini yang rakyat mahukan?
Inikah Harapan Baharu yang rakyat impikan?
Tepuk dada Tanya selera

GERAKAN SETIA JOHOR


MR :  PH ni kalau bercakap 10, 11 tak boleh percaya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Mangkin ligat barua barua bersuara . Sekian lama dudok dibawah pemimpin bumiputera yang berjuang hak bumi putera sekian lama termasok kamu dulu semasa kanak kanak dapat semua kemudahan.Dan sekarang dah jadi pemimpin berkhianat pula .

    BalasPadam