Header Ads

ads header

Flash News

Narresh, Suresh saksi penting lihat aksi perusuh kuil


SHAH ALAM – Dua daripada 61 saksi untuk membantu siasatan kejadian rusuhan kuil di Seafield dekat sini pada 27 November 2018 dianggap penting kerana melihat sendiri sekumpulan perusuh bertindak.

Kedua-duanya melihat aksi memukul dan menyepak perusuh di sekitar kawasan Kuil Sri Mariamman.

Bagaimanapun menurut Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Subang Jaya, Liew Keng Joe tiada seorang pun yang menyaksikan dengan jelas siapa yang dipukul hanya seorang sahaja yang melihat anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Kassim dikerumuni.

“Rakaman keterangan seramai 61 saksi, 29 saksi awam, ada mana-mana saksi boleh ceritakan atau nampak dengan jelas apa yang berlaku kepada mangsa. Ada dua saksi penting Naresh kedua Suresh.

“Naresh (R. Narresh) dirakam tiga kali pertama mengatakan dia orang pertama jumpa mangsa tapi kali keempat dia mengatakan dia orang kedua selepas Suresh (S. Suresh).

“Suresh ketika diambil keterangannya nampak sekumpulan mengerumuni mangsa dia pun sendiri ditendang dari belakang oleh siapa pun tak tahu.

“Untuk kes ini saksi Nasarudin (Nasaruddin Abdullah) nampak seseorang mengerumuni sesuatu membuat pergerakan memukul menyepak tetapi tidak nampak siapa yang dipukul,” katanya kepada Mahkamah Koroner hari ini sebagai saksi-28 hari ini.

Terdahulu Keng Joe memaklumkan keterangan 29 saksi awam telah dirakam, 14 orang pegawai dan anggota bomba, tujuh orang doktor pakar Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala 11 orang anggota polis.

Beliau dalam masa yang sama memaklumkan Unit Forensik Bukit Aman ketika membuat pemeriksaan terhadap jentera FRT dan van EMRS tidak menemui cap jari yang cukup sifat untuk mengaitkan mana-mana individu terhadap kejadian malam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

“Pada 28 November 2018 10:30 malam sepasukan makmal forensik PDRM telah membuat pemeriksaan cap jari van dan jentera, mendapati kebanyakan adalah tidak cukup sifat tidak ada boleh dikaitkan mana-mana individu,” jelasnya. -MalaysiaGazette


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Nampak gaya api kemarahan dapat dipadamkan . Allah saja yang tahu kebenaran .

    BalasPadam