Header Ads

ads header

Flash News

Rantau: Kekalahan yang memalukan bakal PM


Sebelum pilihan raya kecil (PRK) Rantau bermula, Presiden PKR Anwar Ibrahim menyeru orang ramai supaya menggunakan kemenangannya di Port Dickson sebagai ukuran untuk menentukan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) di Rantau selepas gabungan politik yang menerajui Putrajaya itu tewas dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih berturut-turut.

Sedihnya, bukan sahaja hasrat Anwar tidak kesampaian, malah PKR tewas di Rantau di tangan BN dengan majoriti lebih besar berbanding PPBM di Semenyih dan tanpa kehadiran Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad membantu kempen calonnya di situ.

Majoriti BN di Rantau sebanyak 4,510 undi atau 27.4% daripada jumlah pengundi yang mengundi adalah jauh lebih besar berbanding majoriti yang diperolehi olehnya di Semenyih, iaitu sekitar 1,914 undi atau 4% daripada jumlah pengundi yang mengundi.

BN melalui calonnya Mohamad Hasan mempertahankan kerusi DUN Rantau dengan majoriti selesa 4,510 undi. Beliau mendapat 10,397 undi untuk menewaskan pencabar terdekat daripada PH Dr S Streram yang memperolehi 5,887 undi.

Lebih menyedihkan ialah prestasi yang hambar ini berlaku di DUN Rantau yang merupakan kawasan campuran yang mempunyai hampir 45% pengundi bukan Islam berbanding Semenyih yang mempunyai kira-kira 31% pengundi bukan Islam.

Di DUN Rantau, 55.5% pengundi adalah orang Melayu, 18.5% pengundi Cina dan 26% pengundi India. Manakala di DUN Semenyih pula pengundi Melayu adalah sebanyak 67%, pengundi Cina 17% dan India 14%.

Perlu diingat bahawa Anwar berkempen di Rantau seolah-olah beliau yang bertanding, bukan Streram.

Bahkan ketika berkempen, Anwar turut berjanji bahawa beliau tidak akan melupakan rakyat DUN Rantau apabila diangkat sebagai perdana menteri ke-lapan nanti.

Mengapakah janji Anwar ini gagal menarik undi kepada PH? Sudah tentu ramai pengundi yang tidak melupakan rekod PH dalam menunaikan janjinya.

Kekalahan PKR di Rantau bermakna Anwar kehilangan peluang untuk muncul dan memposisikan dirinya sebagai pemimpin PH yang mempunyai kapasiti untuk mengalahkan gabungan Umno-PAS selepas DAP dan PPBM gagal di Cameron Highlands dan Semenyih.

Kekalahan lebih buruk PKR di Rantau berbanding PPBM di Semenyih juga secara tidak langsung membawa mesej kepada para pendokong PH bahawa mereka masih memerlukan Dr Mahathir Mohamad untuk terus memimpin. Ini kerana tiada pimpinan PH yang lebih berupaya daripadanya untuk menghadapi gabungan politik Umno-PAS.

Kekalahan PKR juga akan menyebabkan moral pendokong PH terus berada dalam keadaan negatif. Bahkan ada yang terus terbayang betapa kedudukan Anwar menjadi goyah dengan kekalahan ini.

Sebagai contoh, sejurus selepas habisnya PRK Rantau, pengarah pilihan raya PH Aminuddin Harun terus membuat deklarasi bahawa kekalahan itu tidak akan memakan diri Anwar atau menjejaskan masa depan politik mahupun kepimpinannya.

Apakah perlunya kenyataan ini sekiranya masa depan Anwar sebagai PM sudah terjamin?

Apakah mereka risau tentang persepsi yang bakal timbul dalam PH bahawa Anwar bukan solusi untuk menghadapi gabungan Umno-PAS dalam pilihan raya umum akan datang dan mereka memerlukan orang lain?

Kemenangan hatrik BN di Rantau selepas Cameron Highlands dan Semenyih mengesahkan bahawa kerjasama antara PAS dan Umno sangat berbisa dan boleh membawa padah kepada PH.

Oleh itu, tidak perlu hairan jika PAS terus diserang, diejek, disindir dan ditekan supaya meninggalkan kerjasama dengan Umno.

TIMMY SAY


MR :  Bukan sahaja malu tapi sangat aib...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Kalau dah berani janji tipu rakyat dan mula buat fitnah kpd Pas yg dah banyak bantu dia masa dianiaya PM ke 4 dulu, tunggu sahaja zaman kejatuhannya dlm politik utk selama2nya... Kecualilah dia bertaubat dan kembali kpd cara siasah Islam sepenuhnya... Lihat rupa pun bertambah serabai... Cahaya org mukmin kian menghilang... Org mukmin takkan sanggup gadaikan akhirat semata mngejar dunia yg tiada harga dgn mngorbankan akhlak dan adab Islam trhadap mereka yg pernah membantu.

    BalasPadam
  2. DSAI jenis orang yg tak kenang budi. Datuk Rameli pun dia nak buat musuh apatah lagi Hadi Awang.

    BalasPadam