Header Ads

ads header

Flash News

Ratifikasi Statut Rom: Kerajaan Bersikap Was-Was


Saya dimaklumkan Mesyuarat Kabinet telah membuat keputusan supaya Malaysia menarik diri dari meratifikasi Statut Rom yang diiktiraf di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), dengan alasan timbul banyak kekeliruan.

Bagi saya, tindakan sebegini mencerminkan sikap Pakatan Harapan yang tidak konsisten dan sentiasa dalam keadaan 'was-was' untuk membuat keputusan penting melibatkan kedaulatan negara, seumpama isu ratifikasi ICERD sebelum ini.

Persoalannya, adakah selepas ini akan ada lagi pengumuman YB Menteri yang dibatalkan oleh YAB Perdana Menteri dengan alasan timbul kekeliruan dan bantahan, sedangkan yang keliru, tidak konsisten dan tidak bersatu hati adalah Jemaah Menteri sendiri.

Sepatutnya pihak Kerajaan perlu mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan dalam hal yang melibatkan kedaulatan negara, dan kita berharap agar rakyat tidak dihabiskan masa dengan keputusan yang tidak konsisten oleh Jemaah Menteri selepas ini.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 30 Rejab 1440 / 6 April 2019


MR :  Mereka selalu ikut telunjuk DAP. bila rasa terkena baru nak tarik balik...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan