Header Ads

ads header

Flash News

Tindakan akan diambil jika TMJ buat kenyataan menghasut, kata PM


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada siapa di negara ini yang berada di atas undang-undang dan ini termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menjawab soalan di lobi parlimen, hari ini, katanya Tunku Ismail bebas menyuarakan pandangannya seperti semua rakyat Malaysia.

“Dia boleh cakap seperti orang biasa, kita anggap dia orang biasa.

“Asalkan dia tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan,” katanya di lobi parlimem, petang ini.



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pewaris Sultan Johor tidak akan terlepas daripada undang-undang jika melanggar peraturan.

“Kita akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau tidak kebal undang-undang malah tiada siapa di Malaysia yang kebal undang-undang,” katanya.

Ditanya berhubung nasihatnya kepada Tunku Ismail sebelum ini supaya menyertai gelanggang politik, Mahathir berkata beliau boleh membuat pilihan sendiri.

"Jika dia mahu terlibat dalam politik, dia boleh, tidak ada apa yang boleh menghalang mana-mana warganegara daripada menyatakan pendapatnya. Dan dia adalah warganegara Malaysia, tidak lebih daripada itu," katanya.

Tunku Ismail bertikam lidah dengan Mahathir berhubung keputusan kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), yang menurut putera raja itu akan mengancam kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Melayu dan Islam.

Jumaat lalu, perdana menteri mengumumkan bahawa keputusan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom adalah berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.

Dakwa Mahathir ini berpunca daripada kekelirruan yang dicipta oleh orang tertentu "yang ingin bebas memukul orang dan melakukan perkara seperti itu".

"Jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menangkapnya. Saya tidak peduli siapa dia," katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, spekulasi adalah bahawa Mahathir merujuk kepada kerabat istana Johor, terutamanya, Tunku Ismail.



MR :  Mahathir mula tunjuk taring


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sebelum krisis perlembagaan 1993, yam raja2 dan sultan ada kekebalan. Mahathir guna kuasa dia cipta isu supaya kekebalan raja2 ini dimansuhkan. Tujuan mahathir bukan kerana keadilan ,,tujuan sebenar supaya raja2 tidak ada kuasa lagi untuk menghalang beliau dan kroni merompak harta negara. Jadi , mahathir guna isu prebet adam mengamuk yg kita sendiri tidak tahu cerita sebenar untuk mempengaruhi rakyat dan ahli2 parlimen termasuk mp2 pembangkang menghapuskan imuniti raja2 melayu. Mahathir berjaya,, jadi lah raja2 melayu manusia biasa, dan menteri2 telah bertukar menjadi kebal undang2.tak perlu pergi jauh,,mahathir dan beberapa menteri yg kurang ajar dgn raja2 ni, jika di negara thailand, meteka besar kemungkinan akan dikenakan hukuman bunuh.

    BalasPadam