Header Ads

ads header

Flash News

Bermulanya 'Serangan' Hindu Ke atas Saya


Pengalaman dituduh menghina disebabkan menjawab dakwaan mereka bukan baru sahaja berlaku. Ketika saya menjawab satu penulisan seorang Hindu Malaysia bertajuk “Hindu Abang Sulung Kepada Islam?” (2014) dengan menulis buku “Yahudi Kristian Hindu Buddha Berasal Daripada Islam?” (2016) akhirnya saya pula yang mendapat puluhan laporan polis sehingga buku tersebut disiasat dan diteliti kembali. Sedangkan orang yang memulakan dakwaan itu tidak pula disiasat dan dikecam.

Malah ada gerakan yang mendesak KDN supaya mengharamkan buku tersebut dengan menghantar memorandum kepada pihak KDN. Pada ketika itu cacian dan makian adalah ratiban biasa yang saya dapat. Itu adalah langkah pertama saya berdepan cabaran dalam dakwah. Kini situasi yang sama masih lagi berterusan.

Buku ini sepatutnya dijawab dengan ilmiah sesuai metod yang saya kemukakan. Saya sehabis mungkin menjaga bahasa agar tidak berlaku penghinaan atau sindiran terhadap agama lain.

Apa yang penting sahabat, kita perlu menjaga adab dalam memberi komentar kepada mereka. Jangan menghina dan memaki mereka. Santuni mereka dengan baik, kita tidak tahu tindakan baik yang mana bakal menjadi asbab untuk sahabat kita mendapat hidayah.

Teruskan berdakwah.

FB
Ahmad Iqram Mohamad Noor


MR :  Ini yang kerajaan PH jaga agama?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Puak Kafir Rasis Mengamalkan Double Standard dan Hipokrasi (Kemunafikan) Tahap Tertinggi.

    Seperti biasa sebilangan orang kafir bebas campurtangan, menghina, memaki hamun, menfitnah dan memburuk-burukkan agama Islam, Nabi Muhammad S. A. W. , ulama Islam, institusi Islam, parti Islam dan umat Islam.

    Mereka berani menentang, menghina, menolak dan menafikan Perlembagaan Persekutuan semata-mata kerana Perlembagaan Persekutuan melindungj dan menjamin hak agama Islam, hak umat Islam, hak kaum Melayu, hak raja-raja Melayu dll.

    Pada masa yang sama puak kafir tidak membenarkan umat Islam campurtangan dalam hal ehwal agama kafir dengan apa cara sekalipun. Jika mereka 'percaya' umat Islam telah campurtangan dalam hal ehwal agama kafir, mereka akan meroyan menjerit histeria buat heboh di seluruh negara.

    Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah secara umumnya umat Islam tidak campurtangan dalam hal ehwal agama kafir tetapi sebilangan orang kafir sibuk campurtangan dan menghina agama Islam secara terbuka dalam media massa.

    Mereka mendabik dada kononnya merekalah pejuang hak kebebasan beragama tetapi sikap mereka sendiri yang menghina dan menafikan hak agama Islam dan umat Islam jelas membuktikan mereka adalah kepala bapak rasis yang mengamalkan double standard dan hipokrasi (kemunafikan) tahap tertinggi.

    Allah telah berfirman yang bermaksud orang kafir tidak redha terhadap agama Islam dan umat Islam sehinggalah umat Islam mengikut kesesatan orang kafir.

    Oleh sebab itu umat Islam perlu mempelajari ilmu Islam, berpegang teguh pada tali (agama) Allah dan bersatu padu menyokong perjuangan Islam untuk membela agama Islam dan umat Islam yang sedang diancam oleh orang kafir dan orang munafik liberal.

    BalasPadam