Header Ads

ads header

Flash News

Dokumen Mahathir ‘sapu’ tanah Langkawi tersebar


SEJAK 6 Mei, netizen digemparkan dengan dua siri pendedahan berhubung dokumen pajakan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kepada permohonan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semua kelulusan pajakan tersebut pernah dibuat antara tahun 2011 hingga 2014 ketika Mahathir menjadi Penasihat LADA. Untuk rekod Mahathir dilantik sebagai penasihat agensi itu pada 2003 hingga Mac 2016 lalu.

Dalam dua laporan didedahkan menerusi media sosial sebelum ini, Mahathir berjaya memanipulasi hak pemilikan pajakan tanah antara tempoh 30 tahun hingga 60 tahun di Kuah dan Mukim Ayer Hangat.

Namun, dokumen ketiga ternyata lebih mengejutkan. Penyelewengan dokumen siri ketiga yang tersebar kali ini membabitkan tanah di Teluk Ewa yang dipajak kepada Mahathir selama 90 tahun.

Ia menjadikan status pajakan tanah seluas 40 ekar ini sebagai pajakan paling lama tempohnya. Mahathir, 92, menerima surat kelulusan pajakan ini pada 8 Oktober 2013.

Sama seperti dua kelulusan sebelum ini, ia diluluskan ketika Mahathir masih bertugas sebagai Penasihat LADA.

Surat kelulusan itu ditandatangani Pengurus Perancang LADA, Dr. Nooryazan Zainol.

Pajakan itu membabitkan lot-lot tanah PT208 dan PT210. Ini bermakna kuda diternak untuk kepentingan Mahathir itu selesa berada di tanah tersebut sehingga tahun 2100 ketika beliau berusia sekitar 180 tahun.

Tiga siri pendedahan skandal pajakan dengan premium rendah dan tempoh antara 30, 60 dan 90 tahun ternyata sangat menggemparkan negara ketika rakyat Langkawi pula hanya mampu lihat legasi Mahathir!

Nampaknya kuda dipelihara Mahathir jauh lebih bernasib baik kerana ada tanah sendiri di pulau legenda Mahsuri itu dengan kos makanan harian haiwan ini sahaja jauh lebih mahal daripada rakyat marhaen.

Kini, jawatan itu disandang pula oleh anaknya Datuk Seri Mukhriz dan entah tanah mana pula yang akan menjadi korban.



………….

Rujukan:
https://pakdin.my/pru14-mahathir-sapu-tanah-di-langkawi-rakyat-dapat-apa/


MR :  Perompak mana boleh lawan PENYAMUM TUA yang berpengalaman 22 tahun


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: