Header Ads

ads header

Flash News

Faziani belikan tudung buat adik ipar yang baru berhijab


SHAH ALAM - Allahyarham pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad sempat membawa adik iparnya yang baru berhijab untuk membeli tudung.

Menurut teman baiknya, pengasas Bawal Exclusive Haliza Masyuri, Allahyarham bertandang ke butik tudungnya di Kelantan malam kelmarin untuk tujuan tersebut.

"Beliau bawa adik iparnya yang baharu berhijab tahun ini untuk beli tudung. Allahyarham sebenarnya memang suka sedekah tudung, kadang-kadang dia beli beratus-ratus tudung untuk diberikan kepada rakan terdekat, keluarga dan untuk orang ramai.

"Sementara itu untuk pekerjanya arwah akan tempah tudung khas buat mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Allahyarham juga seorang yang sangat baik terhadap pekerja-pekerjanya.

"Beliau kuat bersedekah, orang gajinya yang telah bekerja selama 10 tahun, dia bawa pergi umrah dan belikan rumah.

"Allahyarham juga sering menasihatkan saya, minta berlapang dada dan sentiasa berfikiran positif," katanya.

Menurut Haliza sejak kebelakangan ini, Allahyarham sering memberitahunya bahawa beliau sering merindui tanah suci Makkah, dan mahu kerap ke sana.

"Beliau seperti sudah tahu hendak 'pergi', Arwah kerap pergi Makkah dan beritahu tidak minat lagi untuk pergi ke Eropah, bayangkan beliau baru pulang lima hari dari tanah suci sudah beritahu mahu ke Makkah lagi," katanya.

Tambah Haliza, mungkin rezeki Allahyarham apabila tiba di Makkah menunaikan ibadat, beliau sering dapat mencium Hajarul Aswad.

"Hampir setiap kali Allahyarham pergi ke sana, beliau dapat menciumnya. Lewat ke belakang ini hampir setiap bulan Allahyarham pergi Makkah," katanya.

Hajarul Aswad yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.

Dalam kejadian pagi semalam, Faziani maut manakala suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah selepas terbabit dalam nahas di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi.
MR :  Semoga Allah berkati beliau


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan