Header Ads

ads header

Flash News

Foto ‘pengintip kota Mekah’ dilelong RM1.1 juta


LONDON 18 Mei – Foto pertama pemandangan Mekah yang dirakamkan oleh seorang cendekiawan Belanda yang mengintip penduduk tempatan Arab Saudi ‘dengan menggunakan identiti palsu seorang mualaf’ serta mendapat akses ke kota suci berkenaan, bakal dilelong pada harga 212,000 pound (RM1.1 juta).

Lapor Mail Online, foto yang dimuatkan dalam buku berjudul ‘Mekka’ dan ‘Bilder aus Mekka’ oleh Christiaan Snouck-Hurgonje ditulis ketika dia bekerja di Konsulat Belanda di Jeddah pada perte­ngahan 1880-an selama satu setengah tahun.

Latar belakang pendidikan Snouck-Hurgonje dalam pengajian Islam menjadikan dirinya calon sesuai bagi kerajaan Belanda untuk dihantar mengintip golongan bangsawan Indonesia di Arab Saudi.

Snouck-Hurgonje merupakan cendekiawan Barat pertama yang diberikan akses ke Mekah dan menukar namanya kepada Abdul Ghaffaar.

Tambahan pula, rumah Snouck-Hurgonje di Jeddah berdekatan dengan golongan bangsawan terkemuka dari Aceh yang ingin dipantau oleh Belanda.

Ketika itu, Syarikat Hindia Timur Belanda sedang memperluaskan kuasanya ke Indonesia dan memerlukan maklumat berhubung rakyat Indonesia terkemuka di Mekah, selain untuk memahami budaya Islam.

Bukunya menceritakan tentang kehidupan seharian penduduk Mekah dan turut me­ngandungi dokumen amalan Majlis Ulama Indonesia, yang terdiri daripada cendekiawan Islam serta menjadi perhatian Syarikat Hindia Timur Belanda.

Beberapa keping foto yang dirakam oleh Snouck-Hurgonje menunjukkan jemaah dari Indonesia di Mekah selain jemaah yang sedang menunggang unta.

Ketika Perang Aceh dari 1873-1914, Snouck-Hurgonje memberikan nasihat kepada Belanda bagaimana untuk ‘menghancurkan’ penduduk setempat.


MR :  Jangan mudah percaya orang asing terutama dalam gerakan islam...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan