Header Ads

ads header

Flash News

Kereta nasional ke-3 akan dibiayai syarikat swasta seperti SilTerra, kata Dr M


KUALA LUMPUR: Projek kereta nasional ke-3 akan dibiayai syarikat swasta seperti SilTerra Malaysia Sdn Bhd, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“Kesediaan pihak swasta seperti SilTerra untuk menawarkan kepakarannya dalam projek kereta nasional baru amat dialu-alukan.

“SilTerra adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional, mampu menghasilkan komponen kereta ekoran pengalaman yang luas dalam pembuatan cip semikonduktor dalam pelbagai industri selama lebih 2 dekad,” katanya.

Malaysiakini melaporkan Mahathir berkata demikian dalam jawapan parlimen kepada Senator Chai Kim Sem, yang bertanya sama ada geran RM20 juta untuk projek itu untuk membantu syarikat berkaitan kerajaan seperti SilTerra, yang mengalami kerugian RM7.3 bilion pada 2011.

Mahathir memberitahu Chai bahawa SilTerra mencatatkan pendapatan tahunan purata sebanyak RM600 juta dan untung RM60 juta bagi 3 tahun berturut-turut.

Laporan itu memetik beliau sebagai berkata projek kereta nasional ke-3 itu mengenai mengambil kesempatan daripada bakat dan sumber yang ada, untuk mewujudkan pemangkin bagi pembangunan ekosistem di mana usahawan, perniagaan dan industri dapat berkembang.

Mahathir berkata projek itu dapat mewujudkan peluang pekerjaan.

Perdana menteri mencadangkan kereta nasional ke-3 pada Jun lalu selepas berkata Proton tidak lagi boleh dianggap kereta nasional, kerana hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group pada 2017.

MR :  Boleh percaya ke atuk ini?? 22 tahun berpengalaman kencing rakyat juga


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: