Header Ads

ads header

Flash News

Kes bunuh Siti Kharina: Lelaki Nigeria direman 7 hari


SEPANG: Lelaki Nigeria yang juga suspek utama dipercayai terbabit dengan pembunuhan ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, A Akhiruddin@Boy Acho sehingga 23 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek berbaju denim biru, tiba di Mahkamah Sepang di sini pada jam 11.10 pagi tadi dengan kenderaan polis dalam keadaan tangan bergari.

Suspek berusia 36 tahun ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam, di sebuah kafe di pusat beli belah Cheras Sentral, Cheras, kira-kira 24 jam selepas penemuan mayat Siti Kharina.

Berdasarkan siasatan awal polis di Kondominium Third Avenue, Cyberjaya, suspek adalah individu terakhir yang dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), keluar dari kediaman mangsa.

Sementara itu, difahamkan, dua lagi suspek iaitu seorang lelaki Pakistan berusia 38 tahun dan wanita warga Nigeria berusia 35 tahun yang turut ditahan berhubung kes itu tidak lama selepas penemuan mayat Siti Kharina, sudah direman tujuh hari bermula semalam.

Siti Kharina, 40, yang hilang sejak 8 Mei lalu ditemui sudah meninggal dunia dalam keadaan tidak lengkap berpakaian, dengan kesan kelar di bahagian dada, dipercayai dibunuh dalam sebuah unit kondominium disewanya dekat Cyberjaya, kelmarin.

Mayatnya ditemui pemilik rumah sewa berkenaan, selepas melihat kesan darah mengalir keluar daripada salah satu pintu rumah itu sebelum menghubungi polis.

Wanita terbabit datang ke situ untuk memeriksa rumahnya selepas Siti Kharina yang dikatakan membuat aduan mengenai kerosakan mesin basuh, gagal dihubungi.

Sebelum ini, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada jam 4 petang, Rabu minggu lalu.

Mangsa dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih dengan nombor pendaftaran BEY 1361.

Kehilangan Siti Kharina hanya disedari apabila rakan serumah jururawat itu menghubungi ahli keluarganya untuk bertanya mengenai keadaannya.

Siti Kharina sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami serta tiga anak perempuannya yang masing-masing berumur antara 10 hingga 14 tahun.

Suami dan semua anaknya menetap di di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Jenazah Siti Kharina selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti, kira-kira jam 9 malam tadi.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan