Header Ads

ads header

Flash News

Khatam Quran setiap Ramadan selama 14 tahun, ustaz mohon maaf pernah kutuk Rosmah


KUALA LUMPUR, 23 Mei — Pendakwah Ahmad Husam Baderuddin mendedahkan Datin Seri Rosmah Mansor mengkhatam Quran setiap kali Ramadan selama lebih 14 tahun.

Ahmad Husam berkata, perkara itu dimaklumkan seorang ustaz yang dikenalinya ketika menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Rosmah.

“Saya tanya, ustaz kenal (Rosmah) masa mana, sebelum ni. Ustaz Subki kata, saya ni kenal dengan Datin Seri dah 14 tahun.

“Setiap tahun, tiap-tiap kali bulan Ramadan, mula satu Ramadan sampai khatam Quran, setiap hari selama 14 tahun, saya mai untuk mendengar bacaan Quran Datin Seri Rosmah.

“Dia tadarus depan saya, setiap hari dalam bulan Ramadan selama 14 tahun. Mula daripada hari pertama sampai khatam Quran,” katanya.

Jelas Ahmad Husam, Rosmah bagaimanapun gagal mengkhatam Quran tahun lalu susulan serbuan dilakukan ke atas kediamannya oleh pihak berkuasa.

“Jadi dia (Rosmah) tak berapa nak tenteram. Tahun lepas saja kami baca tetapi tak khatam,” katanya lagi.

Mendengar cerita yang disampaikan, Ahmad Husam memohon maaf kepada Rosmah selepas menggelarkan wanita itu dengan pelbagai gelaran buruk sebelum ini.

”Kalau datin seri yang cerita, saya tak percaya. Ni ustaz. Saya ukur dengan diri saya, dulu saya kata macam macam dekat orang tua ni (Rosmah), tapi saya minta maaf dah semalam.”


MR :  Dosa tak tutup aurat dosa dia dengan Allah, dosa fitnah orang tak lepas melainkan minta ampun dengan orang difitnah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

10 ulasan:

  1. Itulah,,jangan judge seseorang hanta berdasarkan hear&say. Maka jadi lah kita an nammam,,,pembawa fitnah dan mengumpat. Ds rosmah tak bertudung kepala, itu dosa dia dgn Allah swt. Org2 yg memfitnah ds rosmah dsn ds najib,,bila masa nak memohon maaf? Kemudian, hasil fitnah itu, kuasa pemerintahan negara berpindah kpd org kafir...lagi berat dosa ini. Celaka lah org2 pan,ppbm dan pkr yg memenangkan org2 kafir dan melantik merrka pegang jawatan2 penting dlm kerajaan. Cuba bayangkan,,sebuah negara islam, tp menteri kewangan, peguam negara, menteri2 kafir,,,sama2 kita doa kpd Allah swt,,islam kembali bertahta di putrajaya.

    BalasPadam
  2. Ustaz Husam ni memang aku percaya dia. Selalu duk kuliah kat Sg Petani ni. Klo betui la apa yg dikatakan ustaz husam. Ak pun mintak maaf la ya Rosmah. Aku sendiri pun tiap2 taon x dan nak khatam. Kalah tang amalan dengan orang yg aku & kawan2 slalu duk kata dlu.
    Aku doakan Rosmah diberi Hidayah, Taufiq, Ai'nah & Nusrah Allah untuk terus berubah & hijrah. Aku juga doakan agar diri aku diampunkan Allah & agar sifat seperti tu tiada berulang lagi.

    BalasPadam
  3. "Jgnlah mencela satu kaum lelaki atas kaum lelaki yg lain, mudah mudahan saja (semestinyalah) yg dicela itu lbh baik dr yg mencela, dan jgnlah mencela satu kaum perempuan atas kaum perempuan yg lain, mudah mudahan saja (semestinyalah) kaum yg yg dicela itu lbh baik dr yg mencela."

    "mk jgnlah kamu merasa suci (bersih dr dosa, merasa mulia), Dialah yg mengetahui akan org org yg bertaqwa."

    BalasPadam
  4. bagi yg berminat hubungi HP 01127541851 harga boleh runding..layari melewarteja@gmail.com

    BalasPadam
  5. Pakatan Hancing berjaya mempengaruhi orang ramai dengan pelbagai fitnah dan janji palsu tanpa merasa takut kepada Allah.

    Inilah akibatnya apabila pakatan dipimpin oleh kepala bapak kafir harbi. Dan sekarang yang menjadi mangsa kencing ialah rakyat kerana terlalu percaya pada menipufesto pakatan. Hancing seluruh negara.

    BalasPadam
  6. Rindu nak dengar bekas isteri PM Rosmah menghatam Al Quran. Mungkin tak ramai isteri2 PM yang dapat menghatam Al Quran dibulan turunnya ayat2 suci ini...

    BalasPadam
  7. Rosmah telah dibuktikan tidak pernah membeli cincin RM24 juta seperti yang diFITNAH selama bertahun2. Kes2 lain itu isu lain. Kepada sesiapa yang telah MEMFITNAH dan menviralkan FITNAH keseluruh dunia tu eloklah segera meminta maaf. Ada yang kuat solat, kuat tarawikh, kuat puasa dsb tapi tak pernah meminta maaf kepada Rosmah!

    BalasPadam
  8. Ada yang kuat solat, kuat solat malam, kuat berpuasa sunat dsb, tapi mereka telah sama2 bersekongkol dengan orang2 kafir dalam mengangkat pemimpin2 kafir, AG dsb sebagai pemimpin mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Gembirakanlah org org munafik itu bahawa bg mrk azab yg pedih. Iaitulah org org yg mengangkat org org kafir sbg wali pimpinan dgn meninggalkan org yg beriman. Apakah mrk mencari dr sisi mrk itu kekuatan, sedang kekuatan itu milik Allah (swt) seluruhnya."

      Padam