Header Ads

ads header

Flash News

Kisah Sedih 'Ben' Yang Merangkak Di Kaki Tuannya Sebelum Mati Akibat Ditembak Komunis


Pada 18 Apr 1974, sekumpulan 30 orang anggota komando termasuk Ben dari PULADA yang diketuai Lt Zainal Abidin Husin telah diterbangkan dengan dua buah helikopter Nuri ke Hutan Simpan Kinta, Perak dari Kem Sungai Udang, Melaka. Misi mereka adalah untuk memburu pengganas komunis yang dikesan berada di situ.

Keesokan harinya ketika sedang melakukan pemburuan tersebut, pasukan Lt Zainal telah ditembak bertalu-talu oleh gerombolan pengganas yang berjaya mengesan kehadiran mereka. Sebenarnya, Ben terlebih dahulu mengesan pergerakan pengganas komunis ini dan 'memberitahu' tuannya, Sjn Chandan. Ben yang ketika itu bersama Sjn Chandan tiba-tiba berhenti berjalan dan duduk, seolah-olah dapat menghidu kehadiran musuh. Malang sekali tak sampai beberapa saat mereka terlebih dahulu diserang.

Mangsa pertama yang menjadi sasaran pengganas komunis adalah Ben. Ini kerana mereka tahu Ben sangat mahir dalam hutan dan sangat bahaya untuk membiarkan Ben hidup. Bersembur darah Ben bila tubuhnya dihujani peluru musuh. Dalam masa yang sama pasukan Lt Zainal membalas tembakan. Namun sayang sekali Ben tidak mampu bertahan lama, tubuhnya tidak mampu lagi menahan kesakitan akibat tembakan menggila pihak musuh.

Sebelum mati, Ben merangkak perlahan-lahan dan menghulurkan kakinya pada tuannya, Sjn Chandan. Ben seolah-olah mahu mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir pada tuannya itu. Ben akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Sjn Chandan.

Keesokan harinya Ben berjaya dikeluarkan dan dibawa balik ke PULADA untuk disemadikan di sana. Sehingga sekarang 'kubur' Ben masih ada di kem itu yang terletak di Ulu Tiram, Johor.

INFO:- Ben adalah anjing perang baka Labrador yang cukup ditakuti pengganas komunis di zaman kegemilangannya. Walaupun hanya seekor binatang, jasa Ben pada negara sangat besar ertinya.


MR :  Kenangan lalu untuk iktibar masa hadapan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Jika Ben berbakti kepada negara, anjing-anjing komunis pula sibuk mendesak pengganas komunis diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan setelah mereka menyiksa, merogol dan membunuh orang Melayu, menyamun dan memusnahkan kampung Melayu, menghina agama Islam, memusnahkan ekonomi negara, mencetuskan konflik berdarah yang mengancam negara.

    Anjing komunis ini adalah pesakit mental.

    BalasPadam