Header Ads

ads header

Flash News

Label Jahat Buat Gerakan Islam

1. The New York Times melaporkan bagaimana Presiden Trump mendesak Mesir supaya mengisytiharkan Ikhwan Muslimin sebagai gerakan pengganas. Label sebegini adalah senjata saraf bagi memburukkan imej gerakan Islam. Di Malaysia, pendakwah digelar sebagai Taliban, penghasut atau lebai bagi membina imej negatif buat mereka.

2. Teknik memburukkan imej pendakwah ini telah dilalui oleh para Nabi terdahulu. Ia bertujuan bagi membunuh imej (character assassination) para pendakwah supaya manusia menjauhkan diri dari mereka. Melibatkan diri dengan pendakwah pula dikatakan kolot atau Taliban. Allah merekodkan perkara ini di dalam al-Quran dimana para Nabi terdahulu dipanggil “gila” (majnun), ahli sihir dan tukang tilik.

3. Menurut al-Imam al-Tabari, isteri Nabi Lut memanggil suaminya (Nabi Lut) sebagai orang gila kerana melawan perbuatan LGBT terkutuk. Bimbang pula kita kalau hari ini melawan arus kemungkaran LGBT ini kita pula dikatakan gila. Namun, begitulah fitrahnya perjuangan Nabi Lut dahulu, melawan LGBT dipanggil gila. (al-Tabari, Jami’ al-Bayan, Muassasah al-Risalah, 2000, 23/497).

4. Nabi Nuh dan Nabi Musa dituduh gila kerana mengajak manusia kepada tauhid, menyembah Allah, Tuhan yang satu (lihat Surah al-Qamar: 9 dan al-Syu’ara: 27). Kalau dahulu tuhan-tuhan mereka adalah berhala yang megah tersergam zahir, hari ini manusia menjadikan nafsu mereka sebagai tuhan, berhala yang terpendam sulit. Mereka meninggalkan arahan Allah dengan menyembah akal liberal dan menuruti nafsu mereka. Benarlah firman Allah:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ

“Apakah kamu tidak melihat (wahai Muhammad), mereka yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan?

5. Rasulullah pula berikan pelbagai gelaran bagi memberikan imej buruk buat Baginda. Bagi mengelakkan manusia dari mendekati Muhammad, mereka membunuh imej Baginda (character assassination) dengan menyifatkan Baginda sebagai orang gila, ahli sihir, tukang tilik dan ahli syahir.

5. Begitulah lumrah dakwah. Dari zaman para Rasul lagi mereka diberikan gelaran buruk agar manusia menjauhi mereka. Panggilan lebai, gila, kolot, pekak, Taliban dan pelbagai lagi akan menghiasi mereka semata-mata kerana memperjuangkan agama Allah.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berusaha memartabatkan Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. Tokoh-tokoh pengganas yang terdiri dari puak kafir harbi dan puak munafik berusaha menfitnah dan memburuk-burukkan umat Islam dengan pelbagai label fitnah seperti pengganas, Taliban dll.

    Sesungguhnya kepala bapak pengganas Amerika dan Israel dan sekutu mereka telah mencetuskan pelbagai konflik berdarah, rompakan ke atas sumber asli dan pembunuhan ke atas umat Islam di negara umat Islam sendiri.

    BalasPadam