Header Ads

ads header

Flash News

Melaka yang kononnya nak kehadapan tapi rosak Bahasa


MELAKA - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengarahkan papan iklan gergasi 'KTHXBYE' yang dipasang di jejantas berhampiran masjid negeri dan tular dalam laman sosial Facebook ketika ini diturunkan serta-merta.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, pihaknya tidak pernah meluluskan pemasangan papan iklan tersebut yang menggunakan singkatan bahasa dari 'K, Thanks, Bye'.

"Saya telah mengarahkan papan iklan itu diturunkan serta-merta dan pihak MBMB tidak pernah meluluskan pemasangannya.

"MBMB juga sama sekali tidak menyokong penggunaan singkatan bahasa itu pada papan iklan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Papan iklan 'KTHXBYE' itu tular dalam laman sosial Facebook selepas ramai netizen memberikan reaksi negatif tidak berpuas hati dengan singkatan bahasa aplikasi 'Wechat' yang digunakan.

Sementara itu, Ketua Menteri, Adly Zahari ketika diminta mengulas lanjut berkenaan isu tersebut memberitahu, kerajaan negeri akan mengkaji semula permohonan papan iklan yang menggunakan singkatan bahasa itu kerana ia hanya dapat difahami oleh segelintir pihak. - K! ONLINE




MR :  Apa yang kerajaan PH buat kebanyakkan merosakkan aje..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan