Header Ads

ads header

Flash News

Memalukan, PSM bidas pemimpin DAP selepas blok sekolah letak namanya


PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) membidas Nga Kor Ming tidak menolak keputusan sebuah sekolah Cina menamakan sebuah blok baru sempena namanya dan meminta pemimpin DAP itu belajar daripada Dr Mahathir Mohamad yang enggan tempat awam dinamakan sempena beliau.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan turut menyifatkan alasan Nga yang itu ialah keputusan lembaga pengarah sekolah terbabit sebagai “tidak boleh diterima dan menjijikkan”.

“Walaupun ia keputusan lembaga pengarah sekolah untuk memilih namanya, beliau masih boleh menolaknya dengan baik dan meminta mereka tidak berbuat demikian.

“Mungkin beliau patut belajar sesuatu daripada bosnya, Mahathir dalam perkara ini,” kata Arutchelvan.

Baru-baru ini, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min di Taiping, Perak memutuskan untuk menamakan sebuah blok baru dengan nama Nga yang kemudiannya dikritik MCA.

Nga yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat mempertahankan tindakan sekolah itu dengan berkata, ia adalah cara mereka mengucapkan terima kasih kepadanya yang membantu mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada pihak berkuasa.

Katanya, langkah sekolah itu turut menunjukkan rakyat Malaysia beradab.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Nga memberi alasan amalan menamakan bangunan di sekolah sempena ahli politik bermula pada zaman pentadbiran terdahulu.

“Beliau sepatutnya tidak meneruskan amalan buruk ini. Sebagai timbalan speaker, beliau sepatutnya menunjukkan teladan dan menolak atau mengarahkan lembaga pengarah sekolah itu tidak berbuat demikian.”


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Bantu dapatkan sijil CCC? Susah ke nak dapt sijil itu? Jika kaedah pembinaan dan pengurasan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan tidak perlu bantuan daripada sesiapa, pihak berwajib tiada alasan untuk tidak mengeluarkan sijil CCC. Melainkan jika terdapat kelemahan atau kesilapan dari segi pengurusan dan pembinaan hinggakan perlunya bantuan dari orang yang mempunyai kuasa, tetapi akan timbul pula tuduhan yang mengatakan seseorang telah menyalahgunakan kuasa.

    BalasPadam