Header Ads

ads header

Flash News

Muslimat PAS pimpin Kem Ibadah Wanita Umno


LUMUT: Muslimat PAS Kawasan Lumut telah diberi penghormatan memimpin Khemah Ibadah Ramadan Wanita Umno Bahagian Lumut di Masjid Terapung Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, di sini.

Kepercayaan tersebut menunjukkan keakraban kedua entiti ini yang semakin erat mewakili dua parti terbesar Melayu Islam tanah air ke arah memartabatkan kembali ke persada politik negara.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Lumut, Putiah Shaarani telah mengimami solat Taubat dan solat Hajat serta menyampaikan tazkirah Ramadan yang mengupas mengenai syafaat al-Quran.

Beliau turut menekankan kepada peserta semasa tadarus yang diadakan mengenai kepentingan menguasai ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah ke arah penghayatan ibadah agar ikhlas dan istiqamah.



Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin berkata, program begitu dapat meluaskan perkembangan ilmu dan amal sebagai hamba Allah walaupun bermula sebagai hubungan politik.

Malah harapan beliau, dengan hubungan kedua pihak juga akan meluas perkara sama kepada penyokong dan pendukung lainnya ke arah mencapai kemenangan yang meninggikan Islam.

Ketua Wanita Umno Lumut, Sabariah Zakaria diakhir majlis mengiringi Timbalan Pengerusi Tetap Wanita Umno Malaysia, Azizah Johor merasmikan penutup dan serahan cenderahati. - HARAKAHDAILY 21/5/2109


MR :  Kerjasama ini perlu diperhalusi dan digarap dengan berhati-hati agar apa yang dihasil adalah redhaan Allah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan