Header Ads

ads header

Flash News

PAS PJ pohon sumbangan langsai hutang bangunan


PETALING JAYA: PAS Kawasan Petaling Jaya berharap usaha memiliki bangunan sendiri dalam menjalankan urus tadbir dan kegiatan parti di bandar ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

Menurut Yang DiPertua PAS Petaling Jaya, Ustaz Ghazali Shaari berkata, pihaknya kini beroperasi sejak beberapa tahun dahulu di bangunan dua tingkat di Taman Medan, di sini.

Menurutnya, bangunan yang dibeli dengan nilaian RM678,898.17 itu mendapat sokongan ramai dengan memberi pinjaman, infak, wakaf dan sumbangan dari ramai pihak.

Jelas beliau, akhirnya setelah melalui proses panjang, pada Disember 2015 bangunan itu secara rasmi telah dibeli daripada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Tetapi kami masih punya hutang dengan peminjam berbaki RM139,000. Jadi sempena kemuliaan Ramadan ini kami mengajak para dermawan merebut peluang memberi infak untuk melunaskannya," ujar beliau.

Bangunan tersebut telah menjadi pejabat pentadbiran dan pusat khidmat masyarakat PAS Petaling Jaya yang sebelum ini nama asalnya PAS Petaling Jaya Selatan.

Dermawan yang berhajat membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam 12-047-01-002194-1 atas nama PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh juga dilakukan dengan hubungi Bendahari PAS Petaling Jaya, Razali Azain di talian 013-341 9024. - HARAKAHDAILY 26/5/2019

MR :  Pakailah duit 90 juta buat apa simpan dalam Affin Bank kata Husam Musa... 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan