Header Ads

ads header

Flash News

Rakyat muak Kit Siang berterusan serang Najib, kata S. Arutchelvan


KUALA LUMPUR, 24 Mei — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang diingatkan supaya berhenti menyerang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S. Arutchelvan berkata, rakyat bukan sahaja muak dengan serangan berterusan Kit Siang malah secara tidak langsung memberi lebih publisiti kepada Najib.

“Saya berpendapat rakyat sudah muak dengan tindakan beliau yang terus memfokus serangan ke atas Najib.

“Najib sudah kalah dalam pilihan raya dan beliau juga disabitkan dalam banyak isu jenayah di mahkamah.

“Serangan Kit Siang terhadap Najib sudah tepu dan tidak ada kesan lagi,” tulisnya di Facebook.

Arutchelvan pada masa sama menasihatkan Kit Siang memberi tumpuan kepada pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang masih gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Sebagai seorang berpengalaman, saya rasa hanya beliau saja mampu menegur Tun memandangkan kita nampak dengan jelas, tidak ada pemmpin PH lain yang berani menegur Tun.”





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan