Header Ads

ads header

Flash News

SKMM serbu rumah ‘Abu Leman’ kerana disyaki sebar berita palsu terhadap raja, pemimpin di laman sosial


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu rumah seorang pemilik akaun Facebook (FB) dan blog ‘Abu Leman’ di Bemban, Melaka, kerana dipercayai menyebarkan kandungan palsu terhadap kerabat diraja dan pemimpin negara.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Mohd Shafie Harun berkata, serbuan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung perkara itu.

“Siasatan awal mendapati suspek yang menggunakan akaun Facebook dan blog atas nama ‘Abu Leman’ merupakan pentadbir kepada kedua-dua akaun tersebut.

“Dalam serbuan itu, beberapa peralatan komunikasi seperti komputer riba, modem, telefon bimbit, kad SIM dan kad memori turut dirampas bagi membantu siasatan. Rakaman percakapan daripada suspek juga turut diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Shafie berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

“SKMM tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita palsu sebegini dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat,” tegasnya.

Beliau turut menggesa pengguna media sosial untuk mempertingkat kawalan kendiri ketika mengakses internet.

“Pengguna juga diingatkan tidak menggunakan internet sebagai platform menyebarkan kandungan palsu, jelik dan menghina yang boleh mengundang kemarahan dan menjejaskan ketenteraan awam,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Numpang promo ya min
    Terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
    Depo/wd hanya 50rb saja.. mari daftar Upd4te 8ett1n9

    BalasPadam
  2. minda rakyat pun dah ada iklan judi rupanya... tahniah admin

    BalasPadam