Header Ads

ads header

Flash News

UMMAH syak ada konspirasi tentukan keputusan Inkues Adib



KENYATAAN AKHBAR TERHAD PENARIKAN DIRI PEGUAM SYAZLIN MANSOR DIDALAM PROSES INKUES ALLAHYARHAM MOHAMAD ADIB MOHD KASSIM

1. Sejak dari awal UMMAH mempersoalkan kewajaran untuk diadakan inkues terhadap kes kematian Allahyarham Mohd Adib memandangkan pihak polis sudah menyelesaikan siasatan dan mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pihak tertuduh (4 orang) telah dikenalpasti dan ditangkap namun kemudian dilepaskan dengan ikat jamin oleh pihak polis. Dimana keberadaan mereka ini tidak dapat dikenalpasti sehingga hari ini.

2. Kebimbangan UMMAH jelas terbukti apabila keputusan inkues seolah2 sudah disusun aturkan lebih awal supaya menampakkan bahawa kes ini bukan lagi kes bunuh tetapi kemalangan. Ini di sahkan apabila Pejabat Peguam Negara telah memfailkan afidavit menyatakan Allahyarham Mohd Adib tidak dipukul, walaupun inkues masih berlangsung. UMMAH mensyakki seolah ada KONSPIRASI oleh pihak tertentu bagi menentukan keputusan inkues.

3. Semalam, 27 Mei 2019 kebimbangan UMMAH lebih terserlah apabila diberitakan peguam yang mewakili KPKT dan pihak bomba Syazlin Mansor menarik diri secara tiba-tiba walaupun inkues masih berjalan. Menurut sebahgian laporan media sosial penarikan diri ini adalah disebabkan oleh faktor “keselamatan”.

4. Penarikan diri peguam Syazlin Mansor ini menimbulkan banyak persoalan daripada jawaban yang perlu dijawab antaranya :-

a. Kenapa penarikan diri berlaku disaat-saat akhir inkues yang dikatakan akan berakhir tidak beberapa hari lagi?

b. Kenapa dikatakan alasan penarikan diri ini adalah disebabkan factor keselamatan? Adakah ada unsur-unsur ugutan yang diberikan kepada Syazlin Mansor? Kenapa pihak keselamatan tidak mengambil tindakan untuk melindungi beliau?

c. Dimaklumkan arahan menarik diri oleh peguam Syazlin Mansor adalah hasil dari sepucuk surat dari pihak “tertentu”, siapa yang menulis surat tersebut?

d. Peguam Syazlin Mansor juga menyatakan pengunduran diri setelah beliau bertemu dengan Menteri KPKT YB Zuraidah. Jadi rakyat nak tahu apakah arahan YB Zuraidah kepada peguam dan siapa pulak yang mengarahkan YB Zuraidah supaya meminta Syazlin Mansor menarik diri?

e. Adakah pihak Peguam Negara terlibat dalam penarikan diri Syazlin Mansor dan adakah disana berlaku salah guna kuasa oleh pihak Peguam Negara?

f. Kenapa Menteri KPKT membuat kenyataan secara tiba-tiba bahawa peranan peguam Syazlin Mansor adalah “redundant” dengan peranan pihak Peguam Negara walhal selama ini ia tidak dipersoalkan?

g. Adakah penarikan diri peguam Syazlin Mansor ini akan menyebabkan bukti dari saksi utama Allahyarham Mohd Adib; Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid tidak lagi boleh dijadikan bahan bukti? Jika benar maka ia jelas membuktikan memang keputusan inkues sudah dibuat awal walaupun bukti yang diberikan oleh Prof Dr Shahrom secara saintifik membuktikan Allahyarham tidak dilanggar tetapi sebaliknya dipukul.


5. UMMAH, bagi pihak rakyat keseluruhannya dengan ini menuntut supaya :-

a. Surat yang mengarahkan penarikan diri peguam Syazlin Mansor didedahkan supaya rakyat tahu siapa yang menulis dan atas sebab sebenar kenapa penarikan diri itu berlaku

b. Mendesak supaya peguam Syazlin Mansor, Menteri KPKT, YB Zuraida dan Peguam Negara dipanggil sebagai saksi-saksi dalam prosiding inkues tersebut, supaya Mahkamah dapat menyelidik jika terdapat sebarang bentuk tekanan dan arahan jahat dari pihak-pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat integriti proses inkues tersebut;

c. Menuntut saksi pakar patologi Prof Dr Shahrom dipanggil kembali untuk memberikan keterangan lanjut, seperti yang dijadualkan pada awalnya.

d. Peguam negara MESTI MELETAKKAN JAWATAN kerana tidak lagi bersifat “impartial” didalam tugasannya

6. UMMAH tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan selanjutnya demi memastikan keadilan diberikan kepada keluarga Allahyarham Mohd Adib. Ini termasuk, jika terdapat bukti yang kukuh terhadap salahguna kuasa, untuk melaporkan kepada pihak SPRM untuk diadakan siasatan terhadap pihak yang terlibat. 7. UMMAH juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan HIMPUNAN RAKYAT DEMI KEADILAN UNTUK ADIB secara besar-besaran jika tidak ada tindakan yang positif dari pihak yang bertanggungjawab. Sekian Aminuddin Yahaya Pengerusi UMMAH 28 Mei 2019
MR :  Kerajaan PH makin hancing dalam isu intigriti kemanusian


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Kawan saperjuangan aruah Adip yang bersama ketika peristiwa berlaku tidak nampak kejadian berlaku sangat hairan . Agaknya semua tutop muka takut api ? Saya ketinggalan maklumat bab ini . Boleh sesiapa beri pencerahan ?

    BalasPadam
  2. KUALA LUMPUR 28 Nov.

    Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid tampil mempertahankan serta menjelaskan bahawa mangsa (Adib) memang telah diserang dan dipukul berserta saksi iaitu Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, yang merupakan anggota bomba yang disangka Muhammad Adib di dalam video tersebut.

    Sumber : Utusan Malaysia

    Komen:

    Nampaknya wujud konspirasi Pakatan Hancing untuk menafikan hak Adib untuk mendapatkan keadilan. Inilah akibatnya apabila puak kafir harbi dan puak liberal mendapat kuasa.

    BalasPadam