Header Ads

ads header

Flash News

Aura Najib tanpa ‘seri’ Rosmah


SAYA setuju dengan saranan Najib Razak, agar kajian dibuat kenapa sambutan luar biasa diperoleh meskipun beliau tidak lagi menjadi PM dan sedang menghadapi tidak kurang 50 pertuduhan di mahkamah.

Sekiranya Najib sedar daripada awal, sudah tentu lain keadaannya hari ini. Sebelum PRU14, cakap-cakap daripada rakyat marhaen begitu kencang. Mereka terlalu meluat dengan Rosmah Mansor.

Kenapa Najib tidak boleh kawal Rosmah sehingga seolah-olah kelihatan Rosmah itulah Perdana Menteri. Kini, apabila Najib berjalan tanpa Rosmah, rakyat marhaen mengerumuninya sehingga lupa skandal 1MDB, Jho Low, dan perbicaraan berkaitannya yang sedang berjalan.

Pun begitu, jangan teruja sangat pula dengan sambutan luar biasa rakyat yang diberikan kepada Najib.

Sama seperti keyakinan BN untuk menang PRU14. Badan penyelidik, think tank dan kumpulan akademik pro-Najib terlalu yakin BN boleh menang dan dapat majoriti lebih besar. Sedangkan mereka yang menjadi rakyat, mengatakan sebaliknya.

Rakyat hanya menunggu masa sahaja tarikh PRU14 diumumkan. Bila diumumkan sahaja, rakyat sudah nekad dengan pilihannya menolak BN. BN akhirnya kecundang.

Sebab itu, jangan terlalu yakin dengan sambutan ‘malu apa bossku’. Apa yang penting hari ini adalah buat kerja yang terbaik untuk rakyat, sebab rakyat sudah muak dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Tindak tanduk pemimpin PH semakin memualkan. Percakaran sesama mereka tidak boleh dibendung lagi. Lebih membahayakan, rahsia kelemahan keselamatan dan pertahanan negara didedahkan di khalayak.

Lihatlah juga bagaimana reaksi mereka dengan perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Hari demi hari berlalu, keadaan ekonomi tidak banyak berubah, malah rakyat semakin terhimpit. Begitu juga dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PH, semakin menyakitkan hati dan gagal mencuri perhatian rakyat.

Justeru, pimpinan UMNO dan BN perlu mengambil segala ruang dan peluang ini. Cuba hindarkan kenyataan demi kenyataan yang boleh meluntur hati rakyat.

Misalnya, kenyataan Zahid Hamidi mengenai Lailatul Qadar dan ’18 missed call’ daripada Najib tahun lalu, kaitan dengan perlantikan menjadi Timbalan Perdana Menteri, gara-gara tidak dapat menunaikan umrah kerana passport beliau masih ditahan sementara menunggu perbicaraan.

Pada hemat saya, Lailatul Qadar ini adalah sesuatu yang amat bersifat peribadi. Saya tidak fikir mereka yang bertemu dengannya akan menceritakan kepada orang ramai. Tetapi Zahid mengambil sikap sedemikian. Sama ada itu petanda Lailatul Qadar atau tidak, kita serah kepada Allah. Tetapi ucapan seperti itu tidak sepatutnya keluar.

Saya tidak nafikan hari ini Najib dan Zahid serta beberapa menterinya masih popular. Tetapi perlu ingat, apakah dengan hampir 50 pertuduhan itu, tidak ada satu pun yang akan lekat?

Pada pengamatan awal saya, sokongan yang Najib dan Zahid terima hari ini, bukan kerana rakyat terlalu suka atau yakin dengan mereka, tetapi rakyat terlalu muak dengan cara PH menerajui kerajaan.

Terus terang, saya lebih suka Najib dan Zahid duduk di belakang UMNO. Begitu juga dengan mereka yang pernah memegang jawatan menteri sebelum ini.

Apa yang boleh dilakukan oleh semua bekas menteri ini adalah, terus aktif dengan laman sosial mereka dan ciapan setiap hari. Rakyat suka membaca dan mendengarnya. Pengamalan yang ada pada kamu begitu mahal harganya, meskipun kamu pernah melakukan kesilapan ketika memegang kuasa dahulu.

Jangan malu mengakui kesilapan. Ingat kata-kata ini, ‘old generation are using walking sticks…young generation are using selfie sticks…’

Serahkan kepemimpinan UMNO sepenuhnya kepada Tok Mat tanpa diganggu-gugat oleh pengikut-pengikut yang agak fanatik.

UMNO memerlukan suntikan baharu di bawah pimpinan Tok Mat. Tok Mat tanpa Najib dan Zahid serta bekas menteri yang diragui integritinya, perlu membuktikan bahawa UMNO benar-benar bersih daripada rasuah dan politik wang dalam dan luar parti.

Integriti UMNO mesti menyerlah tanpa diselubungi dengan noda. ‘Success without integrity is failure’.

Selain itu, UMNO tidak boleh terlalu bergantung kepada bukan Melayu (Cina) untuk menang sehingga Melayu dan Bumiputera berasa terpinggir. Dalam kata lain, terlebih menjaga BN sehingga terguris hati Melayu sama ada di dalam atau di luar UMNO.

Jaga ketuanan Melayu/Bumiputera, yang lebih boleh diharap dari ketuanan BN yang sudah tertiarap. Ingat, berdasarkan congakan saya, dalam PRU15, undi Melayu di Semenanjung mampu memberikan kemenangan kepada UMNO dan PAS.

Untuk memerintah dan membentuk kerajaan, tidak ada cara lain, melainkan mendapatkan sokongan padu daripada Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Suka atau tidak, dalam PRU15 akan datang, UMNO dan PAS perlu menekankan dan menjaga aspek majoriti Melayu atau Bumiputera, tanpa mengetepikan bukan Melayu.

UMNO dan rakan baharunya PAS perlu segera bertindak untuk memulihkan ‘damaged’ yang telah dibuat selama ini. Pasukan khas atau taskforce hendaklah ditubuhkan bagi tujuan pemulihan itu.

Antara perkara yang perlu dilakukan segera adalah, pertama, memulihkan kedaulatan negara yang telah dirobek oleh ultra kiasu.

Kedua, bertindak segera ke atas jembalang-jembalang ultra kiasu yang begitu berani merobek kedaulatan Islam, Melayu dan Bumiputera serta raja-raja Melayu.

Ketiga, segera memperkasakan kedudukan Islam, Melayu/Bumiputera dan raja-raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Keempat, pulihkan sistem pendidikan negara berasaskan Perlembagaan.

Pendek kata, selagi tindakan yang dilakukan berpaksikan Perlembagaan, selagi itu kita akan berada di pihak kebenaran. Tidak perlu takut.

Apa yang saya dapat simpulkan, kegagalan UMNO membina jati diri Melayu Islam yang kuat pada masa lalu, adalah punca apa yang berlaku hari ini.

Sama ada UMNO bersetuju dengan saya atau tidak, saya tidak peduli, apa yang penting saya sudah luahkan.

UMNO perlu berani mengakui kesilapan dan kelemahan yang pernah dilakukan terhadap Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak selaku tuan tanah bersama bumi bertuah ini berbanding yang lain.
DR RIDHUAN TEE
.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Jika UMNO mahu memenangi PRU15, UMNO perlu:

    (1) ikhlas berkerjasama dengan PAS.

    (2) melantik pemimpin-pemimpin yang bersih untuk memimpin UMNO.

    (3) memperjuangkan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu dll.

    (4) menyedari puak kafir yang menjadi kroni UMNO telah mengkhianati UMNO dengan mengundi DAP.

    BalasPadam