Header Ads

ads header

Flash News

Caj Percuma Wad Kelas Ketiga : Kerajaan Negeri Masih Berunding Dengan KKM


KUALA TERENGGANU, 13 Jun - Kerajaan negeri sedang berusaha untuk memastikan rakyat Terengganu yang berpendapatan rendah mendapatkan rawatan percuma wad kelas ketiga di enam buah hospital di seluruh negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri telah beberapa kali mengadakan rundingan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya permohonan untuk melaksanakan program rawatan percuma itu dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Kami beberapa kali telah mengadakan rundingan dengan pihak Menteri Kesihatan Malaysia dan pihak KKM sendiri, memohon agar memberi laluan kepada kerajaan negeri melaksanakan program tersebut.

"Namun ia masih tertangguh kerana sebab-sebab tertentu. Bagaimanapun kerajaan negeri tidak berputus asa dalam usaha melaksanakan janji manifesto tersebut dan sedang berusaha gigih sehingga program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya," jelasnya.

Bagaimanapun katanya tarikh baru untuk melaksanakan program tersebut masih belum ditetapkan sehingga kelulusan diperoleh dari pihak kementerian berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini bagi mengenal pasti kelewatan pelaksanaan caj percuma wad kelas ketiga di enam buah hospital di seluruh negeri Terengganu.

Hospital berkenaan ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu serta hospital di Dungun, Setiu, Besut, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal mengharapkan agar pihak kementerian berkenaan membuka jalan dan memberi peluang seluas-luasnya kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan program itu demi meringankan beban rakyat negeri Terengganu yang berpendapatan rendah.

Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk program tersebut sebanyak RM17 juta termasuk program Kad Sejahtera bernilai RM500 setahun kepada keluarga daripada golongan miskin.

Peruntukan tersebut dinyatakan dalam ucapan Bajet 2019 oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini baru-baru ini.

Sumber LINK







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan