Header Ads

ads header

Flash News

Chong Wei sah 'gantung raket'


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya dalam sukan badminton selepas 19 tahun berjuang dan membanggakan nama Malaysia di persada dunia.

Berita persaraan itu diumumkan sebentar tadi oleh Chong Wei bersama-sama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalannya, Steven Sim selian turut disertai Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

"Saya mahu umumkan persaraan selepas 19 tahun mewarnai sukan ini. Ia keputusan yang sukar untuk saya lakukan.

"Pada awalnya sangat berat untuk saya buat keputusan ini kerana saya sangat menyayangi sukan ini. Tetapi kesihatan harus diutamakan dan selepas berbincang, akhirnya saya mengambil keputusan ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua BAM, KBS, MSN, ISN, jurulatih-jurulatih, semua media, keluarga saya dan yang paling penting untuk semua rakyat Malaysia yang sentiasa berikan sokongan kepada saya," katanya sambil menitiskan air mata.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan