Header Ads

ads header

Flash News

Muga Tidak Ada Pemimpin Yang Mengulangi Sejarah Mustafa Kemal Atärtuk Di Bumi Malaysia


Menurut H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul 'Al-Zi'bu Al-Aghbar' atau 'Al-Hayah Al- Khasah Li Taghiyyah' telah menulis : 

Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi...

Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika...

Golongan Yahudi ini di namakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga...

Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap2... 

Ini di akui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M) : 

Ada kumpulan2 agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel...

Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap2...

Mustafa Kemal Ataturk di masukan oleh ibu bapanya ke madrasah, tetapi dia tidak menyukainya dan selalu melawan guru...



Ketika Mustafa berumur 12 tahun, dia memasuki Sekolah Tentera Salonika dan meneruskan pelajarannya di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M)...

Dia kemudiannya menyambung ke akademi tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraanya pada 1325H (1907M) dan seterusnya di tugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika...

Sebagai seorang graduan dari akademi tentera, dia telah mengingatkan dan mempengaruhi rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan dunia pemikiran Islam...

Polisi Baru


Ketika menjadi presiden, Mustafa Kemal Atäturk telah memperkenalkan undang2 baru yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam bagi menghapuskan pengaruh Islam di Turki...

Antaranya :

》Menukar ucapan Assalamualaikum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang)...

》Membenarkan wanita memakai tudung dengan syarat berskirt...

》Membenarkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi iaitu sesuai dengan kehendak barat...

》Menyuruh lelaki dan wanita menari bersama2 di khalayak ramai...

》Menegaskan bahawa negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden...

》Menggalakkan arak di minum secara terbuka...

》Mengarahkan Al-Quran di cetak dalam bahasa Turki...

》Menukarkan azan ke dalam bahasa Turki...

》Mengambil arkitek2 dari luar negara untuk memodenkan Turki namun di gunakan untuk mengukir patung2nya di seluru bandar Turki...

》Agama Islam di buang sebagai agama rasmi...

》Menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha...

》Melarang orang Islam mengerjakan ibadah haji...

》Menggubal undang2 perkahwinan mengikut undang2 barat...

》Melarang poligami dan membenarkan wanita Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam...

》Membatalkan cuti hari Jumaat...

》Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium dan sesetengah masjid di jadikan gereja...

》Menutup masjid serta melarang umat Islam dari solat berjemaah...

》Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin...

》Membatalkan undang2 waris dan faraid secara Islam...

》Menghapuskan pengunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin...

》Menganggap dirinya sebagai tuhan, sama seperti Firaun...

Pernah seorang askar di tanya oleh Ataturk siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal...

Oleh kerana takut askar tersebut menjawab "Kemal Ataturk adalah tuhan"

Kematian Yang Menyeksakan

Walau sehebat mana sekalipun manusia di muka bumi, kita tetap tertakluk kepada kuasa Allah yang Maha Besar...


Sama seperti kisah Namrud dan Firaun, kematian Mustafa Kemal Ataturk sangat menyeksakan...

Di ceritakan bahawa ketika di hujung2 nyawa pemimpin laknatullah ini, dia telah menderita penyakit dan hukuman yang perit...

Dia menghidap penyakit kulit yang sangat teruk hingga ke kaki yang menyebabkan badannya merasa sangat gatal seluruh badan...

Dia juga mengalami sakit jantung dan penyakit darah tinggi...


Menurut Syeikh Dr. Abdullah 'Azzam dalam bukunya "Al Manaratul Mafqudah", Mustafa Kemal di serang penyakit dalaman iaitu sirrosis hepatitis di sebabkan oleh alkohol...

Cecair berkumpul di dalam perutnya dengan teruk, ingatannya menjadi lemah dan darah mengalir keluar dari hidungnya tanpa henti...

Dia juga di serang penyakit kelamin akibat maksiat...

Untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul itu, doktor menggunakan jarum lalu disedut cecair tersebut dari dalam perutnya...

Perutnya membusung dan kedua kakinya membengkak...

Mukanya mengecil dan darahnya berkurang sehingga pucat seputih tulang...

Giginya banyak yang tertanggal sehingga mulutnya hampir bertemu dengan kedua alis matanya...

Badannya menderita demam yang sangat kuat sehingga tidak boleh tidur dan badannya mengeluarkan bau busuk seperti bangkai...

Masih angkuh walaupun di seksa, Ataturk ketika itu mewasiatkan agar jenazahnya tidak di solat jika dia meninggal dunia...

Badannya mengalami panas yang amat sangat sepanjang masa sehinggakan dia mengarahkan pihak bomba untuk menyiram ke atas rumahnya 24 jam...

Pembantu2nya juga di arahkan untuk meletakkan ketulan2 ais di dalam selimutnya bagi menyejukkan badannya...

Dengan kuasa Allah yang Maha Besar, tidak sedikit pun dia merasakan kesejukan daripada ais2 tersebut...

Oleh kerana kepanasan yang tidak tertanggung, dia menjerit dengan kuat sehinggakan seluruh istana mendengar jeritannya...

Tidak tahan dengan jeritan Ataturk, mereka yang bertanggungjawab memasukkanya ke dalam bot dan menghantarnya ke tengah lautan agar dia merasa sejuk...

Namun, itu tidak berlaku...

26 September 1938, Ataturk telah pengsan selama 48 jam akibat terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi dia mengalami hilang ingatan...

Ataturk pengsan sekali lagi selama 36 jam, dan kali ini, ia berakhir dengan kematian...

Ketika dia mati, tiada seorang manusia pun memandikan, mengkafankan dan mensolatkan mayatnya...

Mayatnya di awet selama 9 hari 9 malam sehinggakan adik perempuannya meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan mensolatkannya seperti muslim...

Mayat Tidak Di Terima Bumi


Seksaannya di muka bumi masih belum tamat apabila Allah mengazabkannya sekali lagi ketika proses pengebumiannya...

Ketika mayatnya hendak di tanam, dengan kebesaran kuasa Allah, mayatnya tidak di terima oleh bumi...

Pastinya kita tidak dapat membayangkan situasi ini...

Usaha mengebumikannya gagal...

Putus asa, akhirnya mayatnya di awetkan sekali lagi lalu di simpan ke dalam Muzium Etnografi Ankara selama 15 tahun sehingga 10 November 1953...

Cubaan terakhir untuk mengebumikan mayatnya namun tidak diizinkan Allah, sekali lagi bumi suci ini tidak menerima mayat laknatullah ini...

Akhirnya, mayatnya di bawa ke satu tempat berbukit, dan ditanam di dalam binaan marmah seberat 40,000 kilogram...

Makamnya di beri nama Anıtkabir...

Di ceritakan lagi bahawa ulama2 sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!!!

Namun kesasihan tentang tuntutan itu hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu...

Di dunia barat, Mustafa Kemal di berikan berbagai gelaran yang mengangkat Mustafa Kemal laknatullah, seperti Bapa Kemodenan Turki, Bapa Nasionalis Turki, Bapa Revolusi Turki dll...

Ianya bertujuan untuk menyembunyikan kehancuran dan sifat kebencian Mustafa Lemal laknatullah terhadap Islam...

Selepas jatuhnya empayer Uthmanniah di Turki dan di gantikan dengan pemerintahan sekular Mustafa Lemal laknatullah, sinar Islam mula pudar di bumi Turki...

Rakyat Islam di tindas dan di zalimi semahu2nya...

Apakah kita tidak sedar, perkara yang sama sedang berlaku di bumi Malaysia...

Apakah kita mahu menafikan, umat Islam kini sedang di tindas di bumi sendiri...

Apakah kita masih mahu membutakan mata dan memekakkan telinga bila Allah SWT dan RasulNya di sindir dan di hina di bumi Malaysia...

Majoriti penduduk Malaysia adalah Islam tapi hudud Allah SWT bukan saja tidak dapat di laksanakan, malah di perlekehkan dan di katakan sebagai hukum kuno yang ketinggalan zaman!!!

Sebelum kemurkaan Allah SWT memusnahkan bumi Malaysia, kita sebagai umat Islam WAJIB bangkit dan mempertahankan Islam di bumi ini dengan cara masing2!!!

Semoga kisah ini memberi teladan kepada kita semua...

Wallahualam...
Sumber LINK



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan