Header Ads

ads header

Flash News

Najib kembali ke mahkamah Hari ini selepas beraya


Selepas berehat selama seminggu sempena kedatangan 1 Syawal, Najib Razak kembali dibicarakan atas tuduhan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) hari ini.

Memasuki hari ke-21, perbicaraan hari ini akan tertumpu kepada keterangan bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Azian Mohd Nor.

Pasukan pembelaan Najib dijadual menyambung semula pemeriksaan balas ke atas Azian di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mulai jam 9 pagi ini.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
1 tuduhan salah guna kuasa
3 tuduhan pecah amanah
3 tuduhan pengubahan wang haram
Klik untuk perincian lanjut hakim, pasukan pendakwaan dan pembelaan

Pada 29 Mei lalu saksi ke-38 pendakwaan itu menjelaskan bagaikana dia berjumpa Najib untuk memaklumkan kepada bekas perdana menteri itu mengenai perbincangan panel pelaburan KWAP yang hanya meluluskan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada SRC.

Asalnya - pada 2011 - SRC memohon pinjaman daripada KWAP sebanyak RM3.95 bilion.

Panel pelaburan badan itu kemudian akhirnya meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion selepas mendapat jaminan daripada kerajaan - yang ketika itu dipimpin Najib sendiri.

Bagaimanapun keterangan lisan diberikan itu didapati mempunyai jurang apabila ia kekurangan butiran terperinci mengenai sesi pertemuan saksi terbabit dengan Najib serta pengerusi KWAP ketika itu, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Ia mendorong hakim bertanya kepada Azian mengenai hal berkenaan, terutama berkaitan kekurangan kesinambungan berhubung apa yang terjadi dalam keterangan bertulisnya.

Azian Mohd Nor

Pada perenggan ke-23 keterangan bertulis, Azian berkata dia dan Wan Abdul Aziz bertemu Najib untuk memaklumkan keputusan panel pelaburan KWAP yang hanya meluluskan pinjaman sebanyak RM1 bilion kepada badan itu.

Perenggan seterusnya pula menyatakan pegawai KWAP, Amirul Imran Ahmat, menyediakan dokumen untuk panel pelaburan agar mereka mempertimbangkan keputusan meluluskan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada SRC sebagai modal kerja dan pelaburan umum.

Azian kemudian memberitahu Mohd Nazlan, dia tidak dapat mengingati turutan kejadian tersebut.

MR :  Tak sempat nak raya sakan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan