Header Ads

ads header

Flash News

PAS - Umno mesti bersatu hadapi kemelut politik kini


PASIR GUDANG : Senario politik hari ini membuka mata banyak pihak betapa nilai Islam telah dirobek oleh golongan yang diberi mandat memerintah, malah diabai tanpa pembelaan.

Sedangkan mereka muncul kononnya untuk membebaskan negara dari cengkaman feudalisme dan kapitalisme, tetapi sebenarnya meletakkan rakyat dalam satu penjara yang lebih besar.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang, Ustaz Mohamad Azlan Alias mengemukakan kegetiran sedang dihadapi umat Islam Malaysia itu pada majlis di BZ Steamboat di Taman Rinting, di sini 25 Mei lalu.

Sehubungan itu ujarnya, Pemuda PAS Pasir Gudang melihat bahawa usaha kerjasama antara PAS dan Umno dalam agenda penyatuan ummah amat terbuka didukung pihak beliau.

Akuinya, beliau yakin keputusan pimpinan PAS berkaitan perkara itu bukan didorong fanatik perkauman, tetapi dengan dasar kukuh berasas Islam ke arah menyelesaikan masalah rakyat.

“Kami di peringkat Pemuda sentiasa terbuka hati dan akan menurut arahan pimpinan. Kerana kerjasama ini adalah untuk menjaga Islam, selain Melayu,” ujarnya pada majlis berbuka puasa anjuran Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang itu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Johor turut mengimbau pertemuan Pemuda PAS bersama Pemuda MIC Johor di mana disifatkan telah meruntuhkan tembok pemisah selama ini.

Terang Azlan, PAS akan terus membuka pintu persefahaman dengan mana-mana kumpulan yang dapat menerima dan menghormati prinsip perjuangannya demi kepentingan agama, rakyat dan negara.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros dan Ketua Umno Pasir Gudang, Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin

Sumber dari :
https://berita.pas.org.my/pas-umno-mesti-bersatu-hadapi-kemelut-politik-kini/






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan