Header Ads

ads header

Flash News

Pekerja pembersihan sekolah mengadu dibuang kerja


Bapa kepada empat orang anak, M Ganeson Pillai boleh diibaratkan jatuh ditimpa tangga apabila bukan sahaja dirinya dibuang kerja, malah isterinya juga mengalami nasib serupa.

Pasangan suami isteri itu dimaklumkan pada 30 Mei lalu agar tidak lagi datang bekerja sebagai tukang cuci di SK Tasik Puteri 2, Rawang mulai 1 Jun memandangkan kontrak mereka telah ditamatkan.

Lebih mengejutkan Ganeson, perkara itu diberitahu kepadanya oleh pengetua sekolah berkenaan dan bukan majikan mereka.

"Dia (guru besar) bagitahu dia kata mahu kurangkan orang saja. Tapi dia pun tak tahu (sebab dibuang).

"Guru besar kata kontraktor baru sudah ada orang (pekerja). Nak empat orang saja, tiga perempuan satu lelaki jadi tukang kebun.

"Tapi kita 12 orang semua kena buang," katanya kepada Malaysiakini semasa ditemui ketika memfailkan aduan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor (IRD) di Shah Alam petang tadi.

Keadaan itu menyebabkan Ganeson tidak mempunyai sumber pendapatan untuk menyara empat anak mereka, yang mana tiga daripadanya masih bersekolah dan seorang lagi baru sahaja menamatkan pengajian diploma.



Hari ini mereka memfailkan petisyen di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan apabila mendakwa diberhentikan secara tidak adil.

"Sekarang kami mahu kerja kami baliklah," kata Ganeson.

Dipecat sebelum Hari Raya

Pasangan itu antara 30 bekas pekerja pembersihan sekolah di seluruh Selangor yang membuat aduan serupa kepada IRD.

Bagi wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 44 (kanan dalam gambar) dia membuat aduan kerana kecewa apabila dibuang kerja seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.



Siti bekerja sebagai tukang cuci selama hampir lima tahun di SK Kebun Baharu di Kuala Langat.

Menurut Siti, seramai sembilan orang daripada 13 pekerja pembersihan di sekolah itu diberhentikan.

Seperti Ganeson dan Rajasweri, Siti juga dimaklumkan pemberhentiannya oleh guru besar sekolah berkenaan.

"Saya nak tanya kenapa kami sepatutnya kerja dan dah jadi periuk nasi, tiba-tiba waktu macam ini hilang mata pencarian.

"Tak ada notis, diberhentikan secara tiba-tiba.

"Guru besar beritahu ini adalah arahan dari jabatan pendidikan negeri dan mungkin (dapat arahan) dari Kementerian Pendidikan," katanya kepada Malaysiakini.

Selain kedua-dua sekolah di atas, enam sekolah lain turut terlibat dalam pembuang pekerja pembersihan di Selangor.



Sekolah berkenaan ialah SMK Seksyen 4 Kota Damansara; SMK Engku Husain (Semenyih); SJK (T) Telok Datok (Banting); SJK (C) Batu 11 Cheras, SJK (C) Batu 9 Cheras; dan SJK (C) Chung Hua (Banting).

Bercakap kepada Malaysiakini, Pengarah IRD Selangor, Anita Ahmad berkata jabatan itu telah merekodkan kesemua 30 kes dan akan mengatur pertemuan antara pekerja dan majikan mereka.

Katanya satu perjumpaan akan diadakan secepat mungkin dan paling awal pada Julai depan.

Dibantu PSM

Bekas pekerja berkenaan diiringi Ketua Biro Pekerja Parti Sosialis Malaysia (PSM), M Sivaranjani ketika membuat aduan hari ini.

Menurut Sivaranjani, parti itu bersedia membantu bekas pekerja pembersihan sekolah di seluruh negara yang hilang pekerjaan untuk membuat laporan kepada IRD.



"Sekarang kita diberitahu bahawa pekerja tidak perlu datang sendiri (ke IRD). Kami boleh wakilkan mereka untuk mengumpul borang dan mengemukakannya untuk difailkan.

"Kami akan bantu pekerja ini, terutamanya mereka yang tinggal jauh.

"Kami akan pergi ke semua negeri, bermula di sini di Selangor," katanya ketika ditemui selepas itu.

PSM sebelum ini mengkritik Kementerian Pendidikan kerana memberi kontrak untuk kerja-kerja pembersihan, yang menyebabkan berlaku pemberhentian pekerja apabila kontrak ditamatkan.

"Masalah utama di sini adalah sistem kontrak untuk pekerjaan tetap, ini adalah yang kita mahu cabar," katanya.

Kementerian Pendidikan sebelum ini menjelaskan pekerja pembersihan sekolah diberhentikan selepas kontrak mereka tamat, dan tender tersebut dikeluarkan semula berdasarkan keperluan terkini.


MR :  Sekolah seluruh negara menjadi kecoh, ini kerana hebatnya pentadbiran PH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan