Header Ads

ads header

Flash News

Penagih dadah bukan lagi penjenayah


KUALA LUMPUR, 25 Jun ― Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) dan Persatuan Perubatan Penagihan Dadah Malaysia (AMAM) memuji keputusan kerajaan untuk tidak melihat penagih dadah sebagai pesalah jenayah tetapi sebagai pesakit yang memerlukan rawatan dan pemulihan.

Presiden kedua-dua persatuan, Dr Steven KW Chow berkata fraterniti perubatan sudah sekian lama merayu kepada pendekatan yang mempunyai belas kasihan untuk menguruskan mereka yang terjejas akibat penagihan dadah dan menyokong peranan terapi yang dibantu rawatan perubatan (MAT) bersama intervensi psikososial di semua peringkat masyarakat.

“Kami menyokong sepenuhnya keputusan polisi ini dan akan menawarkan perkhidmatan dan sumber kami kepada kerajaan untuk membantu mengekang bahaya ketagihan yang meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Chow berkata bukti saintifik ketagihan sebagai kerosakan otak yang kronik tidak dapat dinafikan.

Beliau mengulas lanjut bahawa pindaan ke atas peruntukan berkaitan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 akan memboleh mereka yang ketagihan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan yakin dan sah di sisi undang-undang.

Semalam, Bernama melaporkan penagih dadah di negara ini tidak lagi dilihat sebagai penjenayah yang perlu dihukum tetapi sebagai pesakit yang perlukan rawatan dan pemulihan.

Ini berikutan perundingan antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan di Putrajaya yang bersetuju untuk tidak mengklasifikasikan penagih dadah sebagai pesalah jenayah. ― Bernama

MR : Tahniah kini anak Mat Sabu bukan penjenayah tapi pesakit... jangan sakit mental udah



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan