Header Ads

ads header

Flash News

Pengakuan Liwat: Memahami Terminologi 'Pengakuan' (Iqrar) Menurut Syarak


Terminologi 'pengakuan' secara literal adalah daripada perkataan 'aku' atau 'saya' yang merujuk kepada 'saya' atau 'DIRI SENDIRI'. Ini Memberi maksud Pengakuan adalah satu iqrar terhadap sesuatu kenyataan yg hanya Wujud dan berlaku pada 'diri sendiri' sahaja yang dirujuk sebagai 'aku' atau 'myself'. Pengakuan tidak boleh sama sekali Dinisbahkan pada 'diri yang lain' selain 'aku'. Dengan kata lain sesuatu pihak hanya boleh mengaku bagi dirinya sahaja, tidak boleh mengaku mewakili pihak yang lain atau  'pihak pertama tidak boleh 'mengaku' mewakili pihak kedua dan pihak kedua juga tidak boleh 'mengaku' mewakili pihak ketiga'. Begitulah sebaliknya juga seterusnya.

Maka, memahami 'pengakuan' Haziq dan 'penafian' Azmin secara syarak , ia perlu diletakkan dalam klausa, prosedur dan cara berbeza. Haziq perlu mematuhi prosedur zina/liwat Melalui pengakuan manakala Azmin pula perlu mematuhi prosedur qazaf Melalui kesaksian. Pengakuan Haziq tidak boleh menthabitkan kesalahan Azmin kerana Haziq hanya boleh mengaku bagi pihak dirinya sahaja dan tidak boleh 'mengaku' mewakili Azmin ( Rujuk semula perkataan aku ). Pengakuan Haziq juga belum thabit bagi dirinya kerana pengakuan perlu di depan pihak berkuasa ( hakim ) , bukan di media sosial dan pengakuan hendaklah dibuat sebanyak empat kali. Oleh kerana Azmin tidak mengaku, maka dia secara automatik 'dituduh' oleh Haziq melakukan liwat Melalui pengakuan Haziq tersebut. Pengakuan Haziq tidak boleh dijadikan pengakuan Azmin tetapi boleh dijadikan kesaksian untuk Qazaf Azmin. Maka, Azmin perlu melalui prosedur Qazaf ( tuduhan liwat ), manakala Haziq menjadi salah seorang saksi daripada empat saksi yang diperlukan untuk qazaf Azmin. Jika hanya Haziq seorang sahaja yang menjadi saksi dan tidak cukup empat saksi yang adil, maka Azmin tidak boleh dithabitkan dengan kesalahan tersebut. Bahkan, kesaksian Haziq pun masih diragukan kerana saksi yang adil ialah saksi yang tidak melakukan dosa besar sedangkan Haziq pada masa yang sama pula mengaku melakukan dosa besar iaitu liwat. Rumit bukan...

Bukan semudah kacang untuk menghukum sesiapa pun dalam kes ini. Hukuman politik tidak wajar disamakan dengan hukuman syarak. Hukuman Politik hanya bertujuan 'menghukum mati' Musuh Politik Yang lain Sehingga kuasa politiknya Dikuburkan. Sebab itu kedengaran ada 'mahkamah politik' yang membuat hukuman Bahawa 'hukuman Haziq disekalikan dengan hukuman Azmin'. Jika Haziq dipecat maka Azmin juga mesti dipecat. Adapun hukuman syarak mengadili kesalahan secara adil agar semua pihak diberi hak hukum termasuk orang yang mengaku. Dalam kes Pengakuan Maiz berzina dengan wanita Ghamidiyyah , Rasulullah mengadili Maiz secara penuh keadilan dengan memberi ruang kepada Maiz menarik pengakuannya yang pertama, kedua, dan ketiga. Sehingga Maiz datang membuat pengakuan kali yang keempat, barulah Rasulullah menerima pengakuan itu. Itupun setelah diperiksa kewarasan akal Maiz dan kemuhsonannya. Adapun Haziq telah membuat pengakuan umum, cuma belum didepan hakim. Pihak berkuasa Agama perlu menahan Haziq atas pengakuan maksiat yang dibuat secara umum. Jika maksiat Secara Tertutup pun kita bertindak secara segera Dengan serbuan, inikan pula maksiat secara terbuka, ia perlu lebih segera. Lebih-lebih lagi perkara itu ditegaskan oleh menteri agama bahawa tiada lagi serbuan, hanya maksiat terbuka sahaja yang perlu tindakan segera. Nah, haziq telah buktikannya..

Manakala Azmin, dia telah dituduh oleh Haziq dan bukan dia mengaku. Sekali lagi diulang agar lebih jelas,...'bukan dengan pengakuan'. Prosesnya berbeza Dengan apa yang perlu dilalui Haziq. Seseorang yang menuduh perlu mengemukakan empat saksi yang adil. Haziq salah seorang daripada empat saksi tersebut. Itupun jika dia diterima hakim sebagai saksi kerana kesaksian dalam Islam mensyaratkan 'saksi yang adil' iaitu yang tidak melakukan dosa besar. Sedangkan Haziq Telah mengaku melakukan dosa besar iaitu liwat.

Kerumitan dan ketelitian Dalam Prosedur ini Samada prosedur pengakuan liwat ( Haziq) atau prosedur tuduhan liwat ( Azmin ) sebenarnya memberi banyak hikmah Kepada kedua-dua mereka. Ia semata-mata untuk menjaga maruah kedua-dua mereka dan memberi ruang taubat agar ia lebih mendekatkan diri dengan tuhannya. Inilah dia prinsip hudud yang dilaungkan 'MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM'. Jika semua masyarakat Termasuk bukan Islam dapat menerimanya ia akan dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam masyarakat Majmuk dalam negara kita. Saya berdoa agar Allah membuka hati semua rakyat Malaysia untuk menerima Islam sebagai sistem hidup bernegara di negara kita. Allahummahdi qaumi, fainnahum la ya'lamun.Amiin...

Fadh
Rembia, Melaka.
26/6/2019




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan