Header Ads

ads header

Flash News

Perang dalam PKR makin melebar atas Isu video belalai


Saya ingin mengecam kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah Sdr. Blisson Zainudin diatas cubaan untuk memberi gambaran bahawa Sdr. Rafizi Ramli terlibat secara langsung dalam isu klip video lucah yang membabitkan seorang pemimpin.

Kenyataan yang dibuat dalam satu sidang media tersebut ternyata berniat jahat dan sengaja ingin memecahbelahkan perpaduan dalaman Parti Keadilan Rakyat.

Malah saya juga berasa sangat curiga dengan tindakan Blisson
berkaitan isu ini kerana pada 2 hari yang lalu iaitu pada 12 Jun 2019, Blisson sendiri telah menghantar pesanan ringkas kepada saya melalui applikasi Whatsapp yang antara lain berbunyi :-

"Hari tu saya sma haziq bah"
"Dia memang mau kasih azmin tu"
"Habis la azmin ni"
"Ni kali laa"

Saya turut sertakan lampiran tangkap layar perbualan whatsapp tersebut beserta gambar yang dihantar oleh Sdr. Blisson kepada saya.

Dalam perbualan ringkas tersebut beliau juga mengakui yang beliau tidak menyokong YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Saya sendiri tidak jelas apakah niat Blisson yang secara tiba-tiba memulakan perbualan menerusi whatsapp berkaitan isu ini kerana saya langsung tidak berminat untuk melayan isu politik lucah dan fitnah.

Justeru itu timbul persoalan apakah niat sebenar beliau apabila 2 hari yang lalu beliau tidak menyokong Azmin dan harini beliau tampil dengan membuat dakwaan mengaitkan individu lain dalam kes ini.

Saya dengan tegas menolak segala bentuk permainan politik lucah dan fitnah dengan tujuan menjatuhkan imej mana-mana pemimpin.

Sesungguhnya permainan "gutter politics" hanyalah strategi yang dimainkan oleh pihak-pihak yang ketandusan idea.

Justeru itu saya menyeru semua pihak untuk berhenti menuding jari antara satu sama lain dan bersatu mengharungi ujian ini. Bertenang dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

Sekian.

Syed Shah Syed Osman
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan

MR :  Yang nak gelak ada penganalisis kata kononnya penyebaran video ini akan mengukuhkan lagi PH dan PKR


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan