Header Ads

ads header

Flash News

Salahkah saya?


Lewat Mac 2018 yang lalu, sy mengambil keputusan untuk berhenti berkerja bersama Faiz Fadzil.

Ramai sahabat dan kawan mempersoalkan perletakan jawatan tersebut, saya hanya menjawab kerana karenah birokrasi.

Dorongan keputusan ini adalah berdasarkan beberapa faktor, pertama, tekanan keluarga yang disebabkan dari ibu saya yang akan menjalani pembedahan pada masa itu.

Faktor kedua, sudah ramai individu yang sanggup untuk membantu kerja kerja politik Faiz Fadzil ketika itu. Ianya mengurangkan rasa serbasalah saya keatas Faiz Fadzil.



Faktor ketiga adalah Anuar Tahir, pada awal tahun 2018 lagi, saya dan Faiz Fadzil telah berbincang, bagaimana keadaan saya sebagai Ketua Pemuda Amanah Kawasan Temerloh membelakangi Anuar Tahir yang merupakan Setiausaha Agung parti telah diumumkan sebagai calon PH Parlimen Temerloh ketika itu, sedangkan Faiz Fadzil hanyalah Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional.

Perbincangan ini turut melibatkan pembantu Anuar Tahir, Saudara Hadi Kanis, yang beberapa kali menghubungi saya ketika mereka turun ke Temerloh untuk membuat tinjauan.

Oleh kerana tekanan yang saya alami, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan terus menetap di Temerloh. Walhal saya telah dijanjikan tempat bersama Faiz Fadzil.

Saya mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama ibu saya yang pergerakan beliau terbatas selepas menjalani pembedahan.

Walaupun begitu, semasa saya bersama ibu, saya telah mendapat panggilan dari sahabat saya, saudara Ammar Atan yang memerlukan tenaga saya untuk menghadapi pilihanraya.

Saya membahagikan masa diantara keluarga dan kerja kerja pilihanraya, ketika itu saya mula mengenali saudara Haniza Aris yang merupakan pembantu setia Anuara Tahir ketika itu.

Kami berhempas pulas bekerja untuk memenangkan Anuar Tahir di Temerloh, banyak masa dan wang telah dikorbankan semata mata untuk memenangi pilihanraya, terima kasih kepada semua pihak yang turut sama membantu kami.

Dua minggu selepas kemenangan diumumkan, saya telah dipanggil oleh Haniza Aris untuk membantu persediaan pejabat pentadbiran Ahli Perlimen Temerloh. Dengan kadar elaun ditawarkan RM500, saya tidak putus asa untuk terus membantu Anuar Tahir kerana kemenangan itu lebih berharga.

Sehinggalah suatu malam, Anuar Tahir mengarahkan saya untuk menyediakan resume dirinya sendiri untuk di email kan kepada pembantu Tun M bagi perlantikan Timbalan Menteri Kerja Raya, ya saya sudah mengetahui lebih awal tetapi kerahsiakan jawatan yang diterima olehnya pada masa itu.

Kemudian Ahmad Tarmizi, Ketua Amanah Temerloh telah dilantik sebagai SUS kepada Anuar Tahir, Haniza sebagai Pegawai Pentadbir dan saya sebagai Pegawai Perhubungan Awam pejabat parlimen.

Sehingga satu hari, saya dan Haniza mempertikaikan tindakan Ahmad Tarmizi yang sering membelakangi parti dan juga yang sudah mula rapat dengan kroni kroni Umno di Temerloh. Saya melihat ia seperti barah yang dihidapi oleh Anuar Tahir hasil dari kerja tidak bermoral Ahmad Tarmizi.

Pada awal Ogos 2018, saya telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di IPTA, sy berkata kepada Haniza, jika kami tidak selesaikan permasalahan yang berlaku, saya akan berhenti dari bersubahat dengan segala kerja kotor dan tidak bermoral Ahmad Tarmizi.

Saya dan Haniza bertungkus lumus untuk menyelamatkan Anuar Tahir dari barah yang kian membesar tersebut, ternyata kami gagal, ego Anuar Tahir terlalu tinggi sehingga dia menjawab “saya akan menghadapinya sendiri”. Dan dari saat itu, Haniza telah tersingkir dari Pejabat Parlimen Temerloh. Saya mengambil keputusan menerima tawaran sambung pengajian.

Sehingga tidak lama kemudian, saya dan Haniza difitnah menggelapkan beratus ribu ringgit wang peruntukan Ahli Parlimen oleh Ahmad Tarmizi dan kunco umno nya bagi membeli kepercayaan Anuar Tahir. Walhal dengan baki elaun yang kecil sy cuba hidup sebagai mahasiswa, dan Haniza yang tidak tahu nasib beliau yang menyara 10 orang isi keluarga.

Dan sehingga hari ini, banyak perlanggaran etika dan moral yang berlaku di Pejabat Parlimen Temerloh, sahabat dari parti komponen juga semakin muak dan benci dengan perbuatan Ahmad Tarmizi dan Anuar Tahir.

Salahkan saya?

FB
Omar Tuah i

MR :  Pimpinan Amanah, manausia yang tidak boleh terima kekalahan (semasa muktamar) kerana mereka ada agenda untuk berkuasa


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan