Header Ads

ads header

Flash News

Usah jolok sarang tebuan: PAS


PAS mengingatkan kerajaan DAP Pakatan Harapan (DAP-PH), supaya tidak ‘menjolok sarang tebuan’ apabila cuba mengajak orang bukan Islam turut masuk campur dalam memperbaiki sistem pendidikan Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Halimah Ali berkata, beberapa hari lagi DAP-PH mahu menilai semula sistem pendidikan Islam dan menjemput orang lain, tanpa mengira agama, turut terbabit membuat penilaian.

“…kerajaan DAP PH yang cuba menjolok sarang tebuang… cuba nak masuk campur di dalam sistem pendidikan Islam. Di antaranya beberapa hari lagi mereka mahu menilai semula sistem pendidikan (Islam) dan mereka menjemput orang lain tak kira agama untuk nilai sistem pendidikan Islam.

“Jadi kita nak beritahu pihak di luar sana jangan jolok sarang tebuan. Yang majoriti sekarang ini… terimalah hakikatnya… majoriti penduduk di Malaysia adalah beragama Islam…

“…dan mahu sistem pendidikan Islam dititikberatkan dan sebenarnya mahu diarusperdanakan.. dan termaktub di dalam Perlembagaan PAS,” katanya menggulung perbahasan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-16 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu dibangkitkan Dewan Muslimat PAS pada muktamar itu. Beberapa hari lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menjemput semua pihak tanpa mengira kaum dan agama memberi pandangan serta idea bagi meneliti isu-isu membabitkan subjek Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan (SK).

Beliau turut mengulas mengenai isu sekolah vernakular yang dibangkitkan dewan muslimat sehingga menyebabkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga salah seorang pemimpin kanan parti rasis dan cauvinis DAP, Nga Kor Ming, mengarahkan Pemuda DAP membuat laporan polis.

Dr Halimah berkata, ada pihak dalam kepemimpinan DAP yang mahu membuat laporan polis terhadap dewan muslimat kerana ucapan perbahasan semalam.

“Memang kalau kita lihat sejarah, tidak ada dalam Perlembagaan Malaysia mengenai sekolah vernakular…,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada mereka yang memperjuangkan sekolah vernakular kerana walaupun minoriti, mereka bekerja keras, menggembeleng, bertenaga, bersama-sama membangunkan sistem vernakular sehingga ada orang Melayu Islam turut menghantar anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan mungkin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Itu kejayaan mereka, itu kita tidak nafikan pencapaian mereka dan inilah yang patut kita lakukan… kita ahli-ahli PAS, pimpinan PAS dan aktivis pendidikan Islam, perlu membuat rukun kejayaan yang mereka lalui itu,” katanya.

Beliau berkata PAS mahu melihat Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (Taski); Pusat Asuhan Tunasi Islam (Pasti); Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (Sriti); Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (Smiti) dan institusi pengajian tinggi iaitu Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (Kuizm), dinaik taraf bagi mencapai satu piawaian yang dicontohi.

“Jadi, sekolah vernakular ini sekarang di bawah kerajaan PH. Apa yang diusulkan dan disyorkan oleh Dewan Muslimat PAS, kita mencadangkan, kita mengemukakan keputusan di atas PH.

“Kita mahu sekolah kebangsaan ini diupgradekan, kita mahu SK ini menjadi satu sekolah yang bakal melahirkan satu umat yang bukan berkelahi, bukan bergaduh, bukan terjebak dalam gejala sosial, bukan sehingga tidak sedar gender sendiri atau terikut-ikut dengan trend budaya kuning di luar sana.

“Kita mahu di mana budaya Malaysia ini adalah budaya yang insya-Allah dilahirkan oleh sistem pendidikan yang mengilmukan rakyat, yang mempertuhankan Allah ﷻ, yang mengamalkan universal value, atau nilai-nilai murni yang insya-Allah ianya akan menjamin kesejahteraan, keharmonian, perpaduan,” katanya.

Dr Halimah berkata, isu pelajaran yang dibangkitkan dalam muktamar PAS itu adalah titik permulaan dalam usaha PAS memperjuang dan memperkasakan pendidikan di negara ini.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan