Header Ads

ads header

Flash News

Bagaimana ‘penghasut’ masih dibenar berceramah?


Bagaimana seorang penghasut yang disabit bersalah kerana menghina sultan dan institusi diraja masih dibenarkan untuk terus menghasut dan berceramah?

Demikian soal Yang Dipertua Ikatan Muslim Malaysia (Isma) Melaka, Ustaz Ir Mohd Khoushaini Mohd Naim, yang membantah ceramah aktivis Islam liberal, Wan Ji Wan Hussin di Masjid Ar Rahman, Durian Tunggal, minggu lalu.

Beliau kesal apabila program yang dianjurkan Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Durian Tunggal tetap diteruskan, walaupun dinasihat supaya dibatalkan selepas lebih 50 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak.

“Saya dah tegaskan dalam perhimpunan yang lepas, Islam, Melayu dan Raja adalah 3 teras yang kita perlu pertahankan demi menjaga keharmonian dan perpaduan di negara ini, sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Isma bersama penduduk Kampung Parit Melana, gabungan 300 NGO UMMAH dan parti politik UMNO, PAS dan Berjasa Melaka, membawa suara seluruh rakyat Melaka membantah ceramah Wan Ji yang telah disabitkan hukuman setahun penjara kerana celupar kepada institusi raja,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Wan Ji dihukum penjara setahun selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Setelah dua hari menjalani hukuman penjara, dia dibenar oleh mahkamah menangguhkan hukuman itu. Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abdul Halim Aman memerintah terma-terma di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini dilanjutkan.

Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebooknya.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini jam 10 pagi, pada 5 November 2012.

Mengulas lanjut, Mohd Khoushaini yang juga Timbalan Pengerusi UMMAH Melaka mempersoalkan prinsip ‘rule of law’ yang digunapakai di negara ini, apabila Wan Ji sebagai banduan yang ditangguhkan hukuman masih dibenar berceramah.

“Wanji adalah banduan tertangguh dihukum penjara setahun kerana celupar kepada institusi raja, bagaimana seorang penghasut boleh dibenarkan terus menghasut? Di manakah rule of law?,” soalnya.

UMMAH Melaka sebelum ini berkumpul di Masjid Ar Rahman di Kampung Parit Melana bagi membantah kehadiran Wan Ji sebagai penceramah di masjid itu.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Nangoi ternakan abang besar roket bebas berkeliaran memusnahkan tanaman orang ramai dan menyebarkan najis berpenyakit bahaya seperti virus nipah.
    Sepatutnya nangoi ini dikurung bersama anjing gila dan tentera kacang merah RBA supaya orang ramai selamat dari kejahatan mereka.

    Nangoi roket tidak peduli orang ramai marah . Yang penting dedak cap roket masyukkkk setiap bulan untuk perkhidmatan menjilat kaki abang besar roket.

    BalasPadam
  2. rule of the jungle...
    inikan undang2 common law ciptaan dajjal.
    apa yang nak di pelikkan.

    BalasPadam