Header Ads

ads header

Flash News

Bekas Adun Sabah keluar PPBM, sertai semula Umno


PETALING JAYA: Bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Manis Abdul Rahim Ismail memutuskan untuk keluar PPBM dan menyertai semula parti yang ditinggalkannya 3 bulan lepas, iaitu Umno.

Bercakap kepada FMT, Rahim berkata, beliau meninggalkan PPBM kerana parti itu tidak berpegang pada janjinya untuk bersikap inklusif.

“Bila jawatankuasa protem dibentuk, saya tidak kisah tidak dinamakan sebagai ketua bahagian parti kerana kami diberitahu hanya wakil rakyat sahaja akan dilantik ke jawatan itu. Tak ada masalah.

“Tetapi kenapa tidak lantik kami ke dalam jawatankuasa bahagian supaya kami boleh menyumbang?” soalnya, selain menambah, langkah untuk mengetepikannya daripada jawatankuasa itu menyebabkan beliau “lumpuh” dari segi politik.

Beliau berkata, tiada sesiapa pun yang boleh menghalang aspirasi politiknya dan beliau mahu membantu PPBM berkembang di Sabah.

“Saya mahu bantu Tun (Dr Mahathir Mohamad) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanakah saya boleh berbuat begitu sekarang kerana ‘sudah lumpuh’?”

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah pengerusi PPBM, sementara Muhyiddin merupakan presiden parti itu.

Rahim berkata, ketika PPBM mula bertapak di Sabah, beliau dan penyokongnya bekerja keras mendapatkan ahli walaupun ia sukar dilakukan dalam kalangan akar umbi kerana Umno masih merupakan parti pilihan rakyat.

“Umno masih kuat di Sabah dan ia dilihat sebagai parti yang ikhlas, terutama sekali apabila orang miskin dan golongan pekerja membandingkan bantuan yang mereka perolehi daripada kerajaan pimpinan Umno-BN dengan bantuan yang mereka terima daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Jadi kalau orang kata saya ‘kacang lupakan kulit’, saya tak bersetuju kerana saya telah menyumbang kepada politik dan pembangunan di Papar.”

Rahim berkata, kepimpinan Umno Papar datang menemuinya semalam dan menjemput beliau menyertai semula parti itu. Setelah membincangkan perkara itu dengan penyokong dan keluarganya, beliau membuat keputusan untuk menyertai semula Umno.

Dalam pada itu, seorang pimpinan atasan PPBM memberitahu FMT bahawa masalah yang berlaku di Sabah berpunca daripada majlis pimpinan parti itu yang sangat berkuasa.

“Timbul persoalan tentang mereka yang mengurus hal ehwal parti dari segi keahlian dan pelantikan yang dibuat,” katanya yang tidak mahu dikenali.

Beliau mendakwa sesetengah pemimpin bahagian di peringkat negeri bukanlah ahli PPBM yang sah semasa pelantikan mereka dibuat dan ahli yang menyertai parti itu lebih awal diketepikan daripada memegang jawatan.

Katanya, PPBM mesti “membersihkan rumahnya sendiri” sebelum ia boleh memperjuangkan perpaduan orang Melayu seperti yang dicita-citakan oleh Mahathir.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan