Header Ads

ads header

Flash News

Dr M: Tujuan video seks supaya saya singkir individu disasar


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan yang dipercayai mengulas mengenai skandal video yang membabitkan menteri kabinetnya Mohamed Azmin Ali.

Walaupun tidak menyebut nama timbalan presiden PKR itu secara khusus, pengerusi PH berkata "video ini dibuat dan di viral jelas untuk tujuan politik."

"Khusus untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu," kata beliau pada hantaran terbaru di blognya.

Menjelaskan lanjut, Dr Mahathir berkata skandal video seks tersebut bertujuan untuk menyingkirkan individu yang menjadi sasaran itu.
Iklan

"Tindakan yang diharap menyusul tayangan ini ialah penyingkiran individu yang disasar.

"Tindakan ini boleh diambil oleh saya kerana saya berkuasa.

"Apabila saya ambil tindakan ini maka berjayalah pihak yang merancang perbuatan jahat ini," katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi isu video seks ini akan ditangani secara politik.

"Agama saya melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang. Apa yang dilakukan lebih buruk dari mengintip.

"Saya tidak sanggup diperalatkan. Jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan mengguna politik kotor.

"Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik," katanya.

Pada 18 Julai lalu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memaklumkan analisis Cybersecurity Malaysia mendapati video seks berkenaan adalah tulen, namun proses pengecaman wajah adalah negatif.

Bulan lalu, video seks sejenis yang menampilkan dua lelaki disebarkan oleh individu tidak dikenali kepada ahli-ahli politik dan wartawan.

Selepas itu, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz tampil mendakwa beliau adalah lelaki dalam video itu dan mendakwa pasangannya adalah Azmin Ali.

Menteri hal ehwal ekonomi menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan video itu sebagai fitnah dan cubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.


MR :  perang nanmpak tak akan berhenti


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Pilitik tu kemudian cerita. Y5ang semburit dah mengaku kena ambil tindakanlah. Yang tak mengaku kena siasatlah. Dakwa biar mahkamah yg tentukan.

    BalasPadam
  2. pm7 baguih tak cam pm4.. semoga dia bahgiaa di sana...

    BalasPadam