Header Ads

ads header

Flash News

Hutang cecah RM800 bilion, syabas PH


Bekas perdana menteri Najib Razak berkata hutang rasmi negara mencecah angka RM800 bilion hari ini.

“Idaman PH untuk hutang rasmi negara RM1 trilion semakin hampir,” sindir anggota parlimen Pekan dalam tulisan bertajuk “Syabas kerajaan PH!”

Najib turut berkongsi maklumat pengeluaran bon berjumlah RM3.5 bllion yang akan bermula esok dan mencapai tempoh matang pada 2034.
Iklan

Ditambah dengan pinjaman RM4 bilion pada Khamis lalu, kata Najib, hutang rasmi negara hari ini naik ke RM800.8 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah BN.




Katanya, ini belum lagi mengambil kira duit RM82 bilion Petronas yang “dipaksa bayar” kepada kerajaan PH.

“Belum lagi ambil kira juga aset-aset negara yang telah dan sedang dijual secara lambak oleh mereka.

“Selepas pinjam dengan banyak tahun lepas, kerajaan PH terus menambah hutang negara untuk tahun ini dengan kadar yang jauh lebih pantas berbanding masa BN,” katanya.

Najib juga berkata dalam setengah tahun sahaja ini, PH telah meminjam RM77.8 bilion - RM70.5 bilion dari sukuk tempatan dan RM7.3 bilion bon samurai, Jepun - tetapi hanya membayar balik RM17.7 bilion sahaja.

“Sekarang, Guan Eng di China untuk kuat usahakan Bon Panda pula. Pinjam dari China.

“Kalau trend setengah tahun ini berterusan maka, kerajaan PH akan tambah lagi RM140 bilion kepada hutang negara untuk tahun 2019 sahaja.

“Silap-silap hutang rasmi negara boleh sampai RM900 bilion pada akhir tahun ini dan RM1 trilion pada pertengahan tahun depan,” katanya.

Menurut laman web Bank Negara, sehingga suku pertama 2019, hutang negara berada pada paras RM776.8 billion.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. pengundi PH mesti tengah rasa macam nak potong jari yg korang guna masa mengundi dulu kan...

    kan..
    kan..
    kan..

    Nak pemimpin yg bersih la konon.
    hancing weiiii

    BalasPadam
  2. Wah pengundi-pengundi Pakatan Hancing merasa bangga(ang) kerana mereka mengundi kepala bapak munafik liberal dan kepala bapak kafir harbi roket yang pandai kencing pengundi Pakatan Hancing dengan pelbagai janji palsu dan fitnah, berjaya melingkupkan ekonomi negara, berjaya menambah hutang negara, menghina atau menafikan hak agama Islam dan hak umat Islam, gagal mengendalikan kes pencemaran alam sekitar, gagal melaksanakan keadilan seperti kes ahli bomba dll.

    TEPUK ...........


    BalasPadam