Header Ads

ads header

Flash News

Jangan guna alasan mentah bantah usul undi 18 tahun, kata Hadi


GOMBAK: Abdul Hadi Awang meminta pihak yang membantah cadangan menurunkan had umur mengundi tidak menggunakan alasan anak muda masih mentah pada usia 18 tahun kerana ia bukan salah generasi muda tidak tahu kepentingan mengundi.

“Bimbang anak muda mentah lagi, mentah sebab silap kita, bukan silap dia. Kita perlu mendidik mereka supaya sedar dan memahami masalah politik,” katanya ketika menyampaikan kuliah perdana di Taman Melewar hari ini.

Presiden PAS itu yang mengulangi sokongan terhadap usul kerajaan menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun berkata, kebanyakan negara sudah berbuat demikian kerana menyedari kepentingan untuk rakyat memilih pemimpin negara.

Beliau memberi contoh Indonesia yang membenarkan remaja 17 tahun mengundi.

“Dalam dunia hari ini, sudah banyak negara yang menetapkan mengundi 18 tahun, negara bukan Islam menetapkan umur mengundi 18 tahun, kecuali umur 21 tahun bagi Malaysia dan Singapura di rantau ini.”

Hadi berkata, PAS mencadangkan kerajaan meminda Perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi dan pendaftaran pengundi secara automatik disebabkan kesedaran rakyat mendaftar sebagai pengundi di tahap kurang memuaskan.

“Oleh kerana orang kita cuai dalam masalah daftar pemilih ini, kita mengambil pendekatan ini.

“Apabila kerajaan Pakatan Harapan mencadangkan had umur mengundi (diturunkan kepada) 18 tahun, memang ada kebimbangan kerana orang kita alpa dalam masalah daftar pemilih, buat tak tahu, tak ambil berat.

“Kita telah berjaya mengumpul kekuatan parti pembangkang supaya menerima cadangan daftar automatik, akhirnya kita bersepakat dan membuat desakan kita ubah usul ini, jadi kerajaan terima usul (pendaftaran automatik) dan ia akan diundi dalam 2, 3 hari lagi.”

Politik, agama perlu diasingkan?

Terdahulu, Hadi dalam ceramahnya menegur segelintir pihak, termasuk individu mengaku memperjuangkan agama, yang menganggap agama dan politik perlu diasingkan sedangkan dalam Islam menyatakan wajib untuk memilih pemimpin.

“Politik menjadi sebahagian ajaran Islam, teori mengatakan politik lain, agama lain itu bukan ajaran Islam, (tetapi) ajaran sesat yang dibawa penjajah.

“Apa yang penting, kita menekankan kewajipan mengundi kepada orang Islam sendiri, orang Islam jangan memandang remeh masalah pilihan raya ini.”

Ahli Parlimen Marang itu turut menyeru ibu bapa mendidik anak mengenai kepentingan mengundi.

“Sedarkan anak-anak, ada setengah pihak bimbang jumlah orang Islam ramai, ada kalangan orang tidak setuju (had umur mengundi diturunkan kepada) 18 tahun sebab peratusan orang Islam tinggi.

“Bukan Islam sedar (kepentingan mengundi), kita tidak sedar. Dia (bukan Islam) jaga dalam gelap, kita tidur dalam cahaya.

“Mereka celik dalam gelap, kita kena celik mata kita dalam cahaya yang terang, ambil peluang tegakkan Islam,” katanya sambil memaklumkan Islam menentang sikap bermusuhan dengan pihak lain, termasuk golongan bukan Islam.

Rabu lalu, kerajaan menarik balik Rang Undang-undang pindaan Perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Keesokannya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membentangkan semula RUU itu untuk bacaan kali pertama dengan 3 pindaan, termasuk cadangan pembangkang untuk pendaftaran pengundi secara automatik dan penurunan had umur calon pilihan raya kepada 18 tahun.

Syed Saddiq dilaporkan berkata, bacaan kali ke-2 dan ke-3 RUU itu akan dibuat dalam sidang Dewan Rakyat kali ini yang akan berakhir 18 Julai ini.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan