Header Ads

ads header

Flash News

Kematian wanita kerana masalah jantung, bukan pencemaran Pasir Gudang


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini menegaskan punca kematian seorang wanita yang dilaporkan meninggal dunia di Johor Bahru berpunca daripada masalah jantung dan bukannya insiden pencemaran di Pasir Gudang.

Menteri Dr Dzulkefly Ahmad berkata wanita itu penghidap penyakit kronik, terutama penyakit hipertensi (darah tinggi) selama 10 tahun dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail pada 5 Julai kerana mengalami kesukaran bernafas, batuk selama 3 hari, bengkak di bahagian kaki dan demam selama 1 hari.

“Berdasarkan presentasi klinikal, gejala yang dialami serta hasil pemeriksaan berkaitan menunjukkan beliau mengalami kegagalan jantung dan fungsi jantung yang merudum akibat masalah kesihatan yang kronik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, pemeriksaan mendapati wanita itu berada dalam keadaan akut iaitu tekanan darah dan kadar pernafasan yang tinggi (sesak nafas).

Kenyataan itu merujuk mengenai isu tular dalam media sosial semalam yang melaporkan “masalah sesak nafas beberapa hari lepas akibat pencemaran udara membawa kepada terkorbannya seorang ibu”.

“Pasukan perubatan berusaha sedaya upaya merawat arwah namun keadaan kesihatan beliau semakin serius sehingga disahkan meninggal dunia pada 6 Julai yang diklasifikasikan sebagai ‘decompensated heart failure’.

“Semakan laporan sedia ada di Hospital Sultan Ismail mendapati tiada rekod melaporkan arwah pernah mendapatkan rawatan semasa kejadian di Sungai Kim Kim atau sejak 20 Jun lepas,” kata Dzulkefly, merujuk kepada apabila terdapat laporan kejadian pelajar sekolah sesak nafas di Pasir Gudang.

Kementerian mengucapkan takziah kepada suami arwah serta ahli keluarga selain bersedia berjumpa bagi menjelaskan semula punca kematian.

Menteri menasihatkan pihak media dan orang ramai agar menghormati perasaan ahli keluarga arwah serta mengelak menyebarkan maklumat tidak sahih dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

MR :  Mungkin mati kerana dia benci sangat kepada Najib


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan